Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Air tangan guru 'jamu' penduduk Kg Lemoi

Oleh Siti Salwa Shaari

KUANTAN, 16 Mei (Bernama) -- Mengambil giliran menyediakan juadah moreh untuk dinikmati bersama murid dan ibu bapa beragama Islam merupakan rutin Ramadan guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Lemoi, Cameron Highlands. 

Guru Hanisah Mat Hussin, 39, berkata mereka sebulat suara bersetuju untuk 'beraksi di dapur kerana semuanya ibarat menetap di asrama', ekoran kedudukan sekolah yang jauh di pedalaman. 

"Kami selalunya hanya akan keluar pada hujung minggu dan memang akan siap-siap membeli bahan untuk dimasak sebelum kembali ke sekolah pada petang Ahad atau pagi Isnin. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan giliran memasak. 

"Selalunya jam 3 petang kami sudah masuk dapur. Juadah yang disediakan lazimnya kuih-muih seperti onde-onde, murtabak, puding dan popia. Di sini guru lelaki yang memonopoli dapur kerana mereka lebih ramai," katanya kepada Bernama semasa dihubungi di sini, hari ini. 

Hanisah menambah rezeki moreh dan berbuka puasa hanya dikongsi bersama penduduk Islam di Kampung Lemoi yang merupakan kumpulan minoriti di situ ekoran kekangan kewangan, namun semua penduduk akan dijemput untuk memeriahkan sambutan hari raya. 

Katanya, juadah hari raya seperti lemang, sate, nasi impit dan rendang, juga air tangan guru-guru, sentiasa dinanti oleh 200 penduduk kampung kerana ia bukan makanan yang biasa mereka nikmati atau sebahagian daripada budaya suku kaum Semai.

Untuk tahun ini, Hanisah memaklumkan pendidik di SK Lemoi mengadakan kempen  #projekbajurayalemoi di laman sosial bagi membolehkan orang ramai yang ingin menceriakan murid di situ menerusi pemberian baju baharu. 

Bukan hanya baju raya, beliau juga mengalu-alukan mereka yang mahu bersedekah baju kasual supaya boleh dipakai setiap hari dan secara peribadi berharap semua murid boleh mendapat lebih daripada sepasang baju. 

"Mereka (murid) datang daripada keluarga yang tidak mampu. Kebanyakan ibu bapa tidak ada pendapatan tetap. Jadi kami fikir untuk bagi anak-anak di sini merasa juga seperti anak-anak di luar. 

"Sambutan mereka pun tidak seperti kita, belum tentu ada kuih-muih atas meja... cuma kalau yang ada duit sikit, mereka akan buat makan-makan. Jadi pagi raya mereka makan di rumah itu, dan itu sahajalah (sambutan hari raya)," katanya. 

Uniknya tahun ini, Hanisah yang merupakan guru Matematik dan Bahasa Melayu berkata dua guru Nur Azura Awang dan Zulzaidi Hashim menganjurkan Karnival Ceria untuk murid prasekolah dan tahun satu, yang melibatkan aktiviti membuat kuih raya. 

Biskut samperit susu dan suji menjadi pilihan kerana mudah disediakan dan Hanisah mengakui gembira apabila melihat murid teruja menanti kuih raya pertama mereka siap, walaupun saiznya berbeza-beza dan ada yang agak 'rentung' kerana terlebih bakar. 

"Mereka tidak pernah tahu bagaimana kuih raya disediakan. Mereka tiada barangan elektrik di rumah kerana tiada elektrik di sini kecuali sekolah kerana ada solar hibrid 24 jam. Tidak semua penduduk di sini mampu membeli generator," katanya. 

Bercakap mengenai Hari Guru, Hanisah yang sudah hampir 10 tahun berkhidmat di SK Lemoi mengakui tiada sambutan istimewa diadakan kerana kebanyakan murid tidak mengetahui kewujudan hari tersebut sehingga diberitahu guru. 

"Kami akan beri kertas berwarna dan minta mereka buat kad untuk diberikan kepada guru yang mereka mahu. Kemudian kami buat makan-makan, persembahan, pertandingan karaoke dan sukaneka termasuk acara menyumpit belon... anak-anak di sini jauh lebih handal daripada kami," katanya. 

Walaupun jauh di pedalaman, Hanisah mengakui masyarakat Orang Asli Kampung Lemoi istimewa di hati setiap guru kerana pengalaman itu 'amat mahal' menjadikan mereka bersyukur jika dibandingkan dengan rakan seperjuangan yang mungkin lebih mencabar keadaannya. 

Untuk rekod, perjalanan untuk ke Kampung Lemoi mengambil masa antara sejam ke sejam setengah dari jalan besar yang hanya boleh diakses dengan kenderaan pacuan empat roda atau motosikal manakala pekan terdekat ialah Ringlet di Cameron Highlands yang sejauh 28 kilometer. 

Hanisah berkata pengalamannya jatuh setiap kali menunggang motosikal di tanah merah yang berselut dan berbukit semasa awal ditempatkan di SK Lemoi, menyebabkan beliau menyifatkan perjalanan keluar masuk pada masa kini adalah 'jauh lebih baik' kerana jalan telah diturap. 

"Walaupun sudah diturap ia masih tidak boleh dilalui kenderaan biasa kerana ada bahagian yang tidak rata dan rosak. Kami guru pun, jika sakit semasa berada di sekolah akan cuba bertahan dengan bekalan ubat yang ada sebelum ke klinik pada hujung minggu," katanya.....

[ berita penuh ]

 

Ekspres Perdana bina dua R&R bernilai RM10 juta


KOTA BHARU, 16 Mei (Bernama) -- Syarikat pengangkutan Ekspres Perdana memperuntukkan lebih RM10 juta bagi membina dua kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang dijangka beroperasi pada pertengahan 2020.

 
 

Warga Vietnam dipenjara, denda kerana membalak di hutan simpan


RAUB, 16 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki warga Vietnam dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan didenda RM13,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, setelah mengaku bersalah membalak secara haram dan menceroboh Hutan Simpan Lentang, Bentong dekat sini, Mac lepas. 

 
 

Penganggur tikam imam, dipenjara tiga tahun, lima bulan


BESUT, 16 Mei (Bernama) -- Padah menikam imam yang sedang membaca al-Quran, seorang penganggur dikenakan hukuman penjara tiga tahun lima bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

 
 

Suka duka guru pendidikan khas, disayangi murid


Oleh Balqis Jamaludin

KUALA TERENGGANU, 16 Mei (Bernama) -- “Saya sanggup memasuki ‘kehidupan istimewa’ murid-murid, asalkan mereka menjadi orang berguna dan punyai masa hadapan.”

 
 

Keluarga bekas wartawan sambilan antara dibantu dalam "Kita Kongsi"


JELI, 16 Mei (Bernama) -- Keluarga bekas wartawan sambilan Kosmo yang meninggal dunia hampir setahun lepas ialah antara yang dikunjungi Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) dalam program "Kita Kongsi" anjuran kelab itu hari ini.

 
 

Air katira, satar, puding raja antara juadah berbuka Agong, Permaisuri


KUANTAN, 15 Mei (Bernama) -- Air katira, sata, puding raja, murtabak dan pulut panggang antara juadah yang dibeli Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di bazar Ramadan Mahkota Square di sini, hari ini. 

 
 

Terengganu belum muktamadkan jumlah bonus Aidilfitri


KUALA TERENGGANU, 15 Mei (Bernama) -- Kerajaan Terengganu memberi jaminan kesemua 12,700 penjawat awam di negeri itu akan menerima bonus sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

 
 

Pemaju gagal bayar pinjaman bank, 11 tanah didaftar atas nama PMBK dilelong 27 Mei


KOTA BHARU, 15 Mei (Bernama) -- Sebanyak 11 tanah yang didaftarkan atas nama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akan dilelong pada 27 Mei ini ekoran kegagalan pihak syarikat pemaju membayar pinjaman kepada bank.

 
 

Ramadan sejiwa dengan masyarakat Orang Asli Pos Tuel


Oleh Hafizi Che Ramli

GUA MUSANG, 15 Mei (Bernama) -- Seramai 1,089 Orang Asli di Pos Tuel dekat sini, yang juga kumpulan pertama dalam kalangan masyarakat di situ memeluk Islam 22 tahun lepas, menyambut Ramadan sama seperti umat Islam lain di seluruh dunia - berpuasa pada siang harinya dan menunaikan solat sunat Tarawih pada malamnya.

 
 

TNB Terengganu jamin bekalan elektrik sepanjang Aidilfitri mencukupi


KUALA TERENGGANU, 15 Mei (Bernama) -- Tenaga Nasional Berhad (TNB) Terengganu menjangkakan penggunaan bekalan elektrik akan bertambah 30 peratus menjelang musim perayaan Aidilfitri nanti.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 -


 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel