Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Al-Sultan Abdullah miliki semangat kesukanan tinggi

KUANTAN, 16 Jan (Bernama) -- Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah mempunyai semangat kesukanan yang tinggi sehingga tidak mahu diberi kemenangan mudah. 

Bekas menteri besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata Al-Sultan Abdullah tidak akan memberi 'hint' untuk diberikan kemenangan jika mereka beriadah bermain golf pada masa lapang. 

"Kalau main dengan ketua sekalipun, kita akan rasa serba salah perlu ke bagi dia menang... tapi dengan tuanku, kita kena bermain sebaiknya. Tuanku handal bermain golf dan banyak menang, tapi dalam masa sama baginda juga banyak kali kalah. 

"Tuanku mahu permainan dijalankan dengan adil dan jujur. Baginda tak suka jika lawannya bermain lebih kurang kerana sikap kesukanan baginda yang cukup tinggi," katanya semasa ditemui di Kompleks Yayasan Pahang di sini, hari ini. 

Adnan yang menerajui pentadbiran Pahang selama 19 tahun bermula 25 Mei 1999 menambah Al-Sultan Abdullah juga akan 'mengambil kesempatan bertanya hal negeri dan rakyat secara santai' semasa beriadah atau pada perjumpaan santai. 

Katanya, sikap prihatin rakyat itu jelas mewarisi keperibadian ayahanda baginda Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah yang tetap akan menyentuh isu negeri dan rakyat walaupun semasa sedang bersantai mendengar lagu-lagu lama. 

"Jika saya perlu menulis tentang Sultan Pahang, daripada ayahanda Sultan Ahmad Shah sehingga ke Al-Sultan Abdullah, ia akan penuh dengan panduan dan bersifat humor kerana pengalaman saya yang tiada perkara yang mendukacitakan berlaku. 

"Saya tidak pernah mendengar baginda berdua mencerca rakyat, malah tidak suka jika ada yang mahu menyampaikan cerita buruk tentang orang lain. Cerita mengenai orang yang keluar daripada mulut tuanku hanya berkisar tentang kebaikan," katanya. 

Adnan menambah antara pengalaman peribadi yang tidak dapat dilupakan beliau ialah pendirian Al-Sultan Abdullah bersama Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah danTengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman semasa berlaku ura-ura mahu menukar pentadbiran negeri pada 2016. 

Semasa itu, Adnan sedang berada di luar negara dan berlaku desas-desus akan berlaku pertukaran menteri besar, yang akhirnya tidak berlaku selepas beliau masih mendapat sokongan daripada Istana Pahang. 

"Al-Sultan Abdullah adalah seorang yang bijak dan peka. Pengetahuan baginda dalam politik dan ekonomi adalah sangat current... baginda juga banyak memberi pandangan yang bernas dalam isu ekonomi," katanya. 

Adnan menambah di bawah pentadbiran Al-Sultan Abdullah selaku Yang Dipertua, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menjalankan perniagaan antaranya dalam bidang pasar raya dan perhotelan bagi mengukuhkan kewangan, tanpa bergantung sepenuhnya kepada kerajaan negeri. 

Bercakap mengenai Al-Sultan Abdullah juga tidak lengkap jika tidak menyentuh mengenai keperibadian baginda yang begitu bersopan dalam menyantuni rakyat, sama ada pada majlis rasmi atau semasa mencemar duli melawat rakyat yang dilanda musibah. 

"Kita boleh lihat baginda tidak begitu terikat dengan protokol jika bertemu rakyat. Baginda akan bertanya khabar dan bila hari raya, semua orang dibenar masuk ke Istana dan tuanku akan sedaya upaya bertemu seramai yang boleh tetamu baginda. 

"Begitu juga pada istiadat pemasyhuran (semalam)... selesai sahaja bersantap, baginda berjalan seluruh dewan untuk bertemu tetamu. Ini berkat latihan yang diterima daripada ayahanda baginda, dan kini diterapkan pula kepada anakanda baginda," katanya. 

Adnan menambah keperibadian Al-Sultan Abdullah yang berpaksikan 'raja dan rakyat berpisah tiada' membolehkan Pahang terus aman dan rakyat khususnya daripada golongan yang kurang bernasib baik akan mendapat perhatian sewajarnya. 

-- BERNAMA 


 

.
.....

[ berita penuh ]

 

Transformasi teknologi baja baru untuk tingkat hasil pertanian


KOTA BHARU, 16 Jan (Bernama) -- Pertubuhan Peladang Negeri Kelantan akan menggunakan transformasi teknologi baja baru untuk meningkatkan hasil pertanian, sekali gus menambah pendapatan peladang di negeri ini.

 
 

Dua maut selepas lori rempuh treler di LPT


Lori yang berada di lorong kiri jalan dipercayai merempuh bahagian belakang treler menyebabkan ia diseret sejauh 150 meter sebelum treler dapat berhenti sepenuhnya.

 
 

BN Pahang sedia dedah jumlah perbelanjaan PRK Cameron Highlands


Kita akan bentang menurut apa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)... tiada ada yang nak diselindungkan atau disembunyikan.

 
 

Lebih 500 premis agensi kerajaan belum punyai taska - Hannah


KUALA LIPIS, 16 Jan (Bernama) -- Lebih 500  premis agensi kerajaan di seluruh negara masih belum mempunyai taman asuhan kanak-kanak (taska), kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.

 
 

Rombakan dilakukan dalam pengurusan PAIP?


Kita tunggu mesyuarat khas ahli lembaga pengarah Paip yang akan diadakan nanti. Benda ini dalam siasatan...jadi biar pihak bertanggungjawab menjalankan siasatan

 
 

Pengurus kilang ais didenda RM4,500 gagal patuhi notis JBPM Kelantan


Antara kegagalan mematuhi Notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran ialah gagal menyediakan sistem salur bantu mula, pam sistem semburan automatik yang tidak berfungsi dan pili bomba yang tidak berfungsi.

 
 

Suspek kes cubaan samun ditemukan lemas di Sungai Besut


Keadaan awal pagi dan air sungai yang tenang memudahkan pasukan penyelamat membuat pencarian dan dalam tempoh 24 jam pencarian, kita berjaya menemuinya dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

 
 

Kanak-kanak maut dilanggar kereta pengasuh selamat dikebumi


Kelewatan pengebumian jenazah anak perempuannya itu adalah disebabkan kelewatan proses bedah siasat walaupun pada asalnya hendak dikebumikan selepas solat Asar.

 
 

Padang sukan bagai kemudahan mewah di Cameron Highlands


TANAH RATA, 15 Jan (Bernama) — Kemudahan sukan seperti padang permainan dan pusat aktiviti kebudayaan tidak mencukupi di sekitar kawasan Cameron Highlands.

 
 

Waris ganti akan ditentukan selepas perbincangan keluarga - Sultan Abdullah


PEKAN, 15 Jan (Bernama) – Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah bertitah Waris Ganti untuk memegang jawatan Pemangku Raja Pahang akan ditentukan baginda selepas mengadakan perbincangan dengan keluarga.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 -


 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel