Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

"Dijemput kali pertama atas titah Sultan Abdullah" - Fuziah Salleh

Oleh Siti Salwa Shaari

KUANTAN, 13 Jan (Bernama) -- Sultan Pahang keenam Sultan Abdullah Ahmad Shah mempunyai keperibadian yang tinggi termasuk dalam menghormati pilihan rakyat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh. 

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang berkata perihal itu terbukti apabila beliau kali pertama dijemput ke majlis rasmi anjuran kerajaan yang diadakan di Parlimen Kuantan adalah disebabkan titah Sultan Abdullah.  

"Kali pertama saya dijemput menghadiri majlis rasmi adalah selepas Sultan Abdullah menjalankan tugas sebagai Pemangku Raja Pahang selepas Disember 2016 kerana sebelum ini saya adalah anggota Parlimen pembangkang. 

"Selepas dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang, Sultan Abdullah menitahkan saya dijemput ke satu majlis yang dihadiri baginda atas alasan anggota Parlimen adalah pilihan rakyat, maka siapa yang dipilih hendaklah kita dijemput.

“... saya juga agak terharu apabila baginda dalam titah ucapannya turut menyebut kehadiran saya. Itu kenangan peribadi saya dengan baginda yang masih terkesan. Saya lihat tindakan Sultan Abdullah menunjukkan peribadi baginda yang adil, menghormati prinsip demokrasi dan prihatin rakyat," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.....

[ berita penuh ]

 

Pahang perlu selesaikan masalah tanah pekebun Cameron Highlands - Sim


TANAH RATA, 13 Jan (Bernama) -- Kerajaan Pahang digesa menyelesaikan segera kemelut pemilikan tanah yang dihadapi sebahagian besar pekebun sayur di Cameron Highlands yang sudah berlarutan sejak sekian lama.

 
 

Pesakit mental ditemukan lemas


Ibu mangsa memberitahu anaknya keluar pada 5.30 petang semalam untuk minum di sebuah kedai, namun tidak pulang sehingga pukul 10 malam.

 
 

Calon PH perlu kerja keras untuk menang PRK Cameron Highlands


Mohd Ramli berharap pengundi akan memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menjadi Orang Asli pertama berada di Dewan Rakyat bagi memperjuangkan suara masyarakat pribumi.

 
 

Polis Kelantan keluarkan 116 saman dalam Op Bersepadu


Dua daripada 10 penumpang bas ekspres itu juga dikesan membawa air ketum yang disimpan dalam dua botol minuman yang dibawa bersama dalam beg sandang sebagai ‘bekalan’  ketika dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.

 
 

Kerajaan sasar lahir 200,000 usahawan sepanjang penggal pertama pentadbiran


KOTA BHARU, 12 Jan (Bernama) -- Kira-kira 200,000 usahawan disasar untuk  dilahirkan  sepanjang  penggal pertama pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan. 

 
 

Tengku Abdullah, pegang rekod kedua paling lama jadi Putera Mahkota


KUANTAN, 12 Jan (Bernama) -- Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam merupakan seorang yang pengalaman luas dan memegang rekod dunia kedua paling lama menjadi Putera Mahkota selepas Putera Wales, Putera Charles.

 
 

Remaja dikhuatiri lemas ditemukan di Pantai Kemayang


BACHOK, 12 Jan (Bernama) -- Mayat seorang remaja, Muhammad Fakri Amin Mohamad Asri, 13, yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir dari batu tempat dia berpijak di Pantai Kemayang petang semalam,  ditemukan pasukan penyelamat tengah malam tadi.

 
 

Bekas penuntut ABM Johor Baharu lemas di Air Terjun Belukar Bukit


KUALA BERANG, 11 Jan (Bernama) – Kegembiraan 10 sekeluarga berkelah di kawasan air terjun bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas ketika cuba menyelamatkan anggota keluarga lain yang sedang mandi di kawasan perkelahan Air Terjun Belukar Bukit, di sini, hari ini.

 
 

Remaja hilang selepas terjatuh di tepi Pantai Bachok


BACHOK, 11 Jan (Bernama) -- Seorang remaja dikhuatiri hilang  selepas tergelincir dan jatuh di tepi  pantai sebelum dibawa ombak dalam kejadian di Pantai Kemayang  di sini,  petang  tadi.

 
 

THT juara Piala Sumbangsih


KUALA TERENGGANU, 11 Jan (Bernama) -- Impian Terengganu Hockey Team (THT) untuk menggenggam Piala Sumbangsih Liga Hoki Malaysia 2019 menjadi kenyataan apabila menewaskan pasukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) 3-1 menerusi penentuan pukulan penalti di Padang Hoki Batu Buruk, di sini hari ini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 -


 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel