Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Geran RM900,000 bantu usahawan di Kelantan - SSM

KOTA BHARU, 5 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) negeri Kelantan memperuntukkan geran percuma RM900,000 bagi membantu usahawan terutama dalam kalangan belia yang baru memulakan perniagaan di negeri ini. 

Pengarahnya, Ab Razak Isa berkata seramai 300 peniaga yang telah lulus temu duga pada 15 Dis lepas  terpilih untuk menerima RM3,000 seorang.

“Bantuan itu diberikan dalam bentuk baucer dan mereka boleh menebus nilai tersebut dengan membeli barangan kekal daripada pembekal,” katanya kepada pemberita ketika hadir pada Majlis Penyampaian Geran kepada peniaga-peniaga di Kelantan. 

Ab Razak berkata, bantuan diberikan kepada beberapa sektor terutama makanan, jahitan, rumah tumpangan dan juga perniagaan dalam talian. 

“Peniaga yang menerima bantuan ini akan dipanggil selepas tujuh bulan memulakan perniagaan, bagi mengetahui perkembangan semasa,” katanya. 

Penerima, Azri Idlan Jamaluddin, 29, berkata beliau rasa berbangga dan berterima kasih kepada SSM kerana terpilih menjadi seorang daripada penerima geran pada hari ini. 

“Bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu saya mengembangkan penternakan arnab pedaging yang saya usahakan sejak pertengahan tahun 2017.....

[ berita penuh ]

 

Skop tugasan khas untuk Cameron Highlands dan Lojing sedang dibuat


Kerajaan telah berbelanja besar seperti membuat program mitigasi tanah runtuh dan banjir di Cameron Highlands namun kurang mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri.

 
 

Najib yakin BN kekal kemenangan di Cameron Highlands


Kalau semua jentera BN menggunakan strategi yang betul maka tiada masalah untuk kita kekalkan kerusi.

 
 

Peniaga tepi pantai masih tutup kedai


Saya terpaksa tutup kedai awal apabila angin kencang melanda..habis kerusi di kedai diterbangkan angin. Hari ini dah masuk hari ketiga saya tutup kedai kerana masih bimbang walaupun keadaan dah seperti biasa.

 
 

ANIH Berhad tamatkan kontrak pengusaha gerai no 6 R&R Gambang


KUANTAN, 3 Jan (Bernama) – Syarikat pemegang konsesi Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), ANIH Berhad menamatkan kontrak pengusaha gerai nombor 6 di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Gambang di sini yang pekerjanya terlibat insiden membelasah seorang pemandu bas ekspres dalam kejadian 24 Disember lalu.

 
 

Henti sebar video dan gambar banjir lama di media sosial


KUALA TERENGGANU, 3 Jan (Bernama) -- Orang ramai diingatkan agar berhenti menyebarkan gambar serta video banjir dalam media sosial seperti Facebook dan WhatsApp kerana ia adalah kejadian yang berlaku di negeri ini beberapa tahun lepas.

 
 

Iron Man ceriakan murid mula bersekolah


TEMERLOH, 3 Jan (Bernama) -- Hari kedua persekolahan bagi murid Sekolah Kebangsaan Mentakab (Chatin) di sini lebih ceria apabila watak adiwira komik Avengers, Iron Man hadir menyambut kehadiran mereka hari ini.

 
 

Patuhi amaran bendera merah di pantai


KOTA BHARU, 2 Jan (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengingatkan orang ramai supaya mematuhi tanda amaran bendera merah di persisiran pantai di negeri ini berikutan keadaan ombak besar dan laut bergelora yang berlaku sekarang. 

 
 

Kehadiran pasangan kembar curi tumpuan hari pertama persekolahan


KUANTAN, 2 JAN (Bernama) -- Kehadiran tiga pasang kembar termasuk pasangan kembar tiga di Sekolah Kebangsaan (SK) Balok di sini hari ini mencuri tumpuan bukan sahaja kalangan murid sekolah itu, tetapi turut mendapat perhatian guru memandangkan itu kali pertama sekolah itu menerima murid pasangan kembar.

 
 

SATSSB kini uruskan Lapangan Terbang Kertih


KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) – Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd (SATSSB), pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang berpangkalan di Johor, kini menguruskan Lapangan Terbang Kertih, yang merupakan pangkalan udara utama bagi operasi minyak dan gas di Terengganu.

 
 

Pak Nil ceriakan hari pertama persekolahan murid SK Permatang Badak


KUANTAN, 2 Jan (Bernama) -- Hari pertama persekolahan 666 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Badak pada tahun ini diceriakan dengan kehadiran personaliti terkenal, Datuk Aznil Nawawi atau cukup sinonim dengan panggilan Pak Nil dalam kalangan peminat ciliknya.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 -


 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel