Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bazar Kampung tumpuan utama Pesta Chenor 2019

MARAN, 19 April (Bernama) -- Bazar Kampung bakal menjadi tumpuan utama Pesta Chenor 2019 yang akan berlangsung selama empat hari bermula 25 April ini di hadapan Sungai Pahang di bandar lama Chenor di sini. 

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata Bazar Kampung itu akan mengetengahkan pelbagai produk tradisional Pahang keluaran usahawan tempatan. 

"Antaranya ialah makanan tradisi negeri ini seperti sambal hitam, gulai asam rong, puding raja dan sudah tentu kuih pepena yang sinonim dengan kawasan Chenor. 

"Tidak ketinggalan ialah produk kebanggaan Pahang iaitu kain tenun turut dijangka menjadi tarikan di bazar tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Gotong-royong Perdana bersempena Pesta Chenor 2019 di bandar lama Chenor di sini, hari ini. 

Turut hadir Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MoTAC) Pahang Datuk Idros Yahya. 

Muhammad Bakhtiar berkata Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dijadual merasmikan Pesta Chenor tahun ini. 

Katanya  seramai 70,000 orang dijangka hadir sepanjang penganjuran pesta itu, yang disifatkan sebagai platform terbaik untuk mengetengahkan keunikan tradisi terutamanya kepada pelancong luar dan generasi muda.

"Penganjuran pesta ini turut membantu kebolehcapaian masyarakat terutama daripada peringkat akar umbi kepada seni dan budaya dalam membangunkan industri pelancongan di Malaysia. 

"Ia juga berperanan sebagai landasan mengangkat seni dan budaya tempatan yang semakin dilupakan sekali gus memperkenalkan keistimewaan semulajadi di kawasan itu sendiri," katanya. 

Muhammad Bakhtiar berkata selain Bazar Kampung, turut diadakan ialah sukan rakyat, persembahan kesenian dan pameran daerah selain acara air seperti lumba bot laju serta acara tangkap dan lepas etak. 

-- BERNAMA

.....

[ berita penuh ]

 

Mayat bayi ditemukan ditanam di Kulim


ALOR SETAR, 19 April (Bernama) -- Polis menemukan mayat bayi perempuan baru dilahirkan dalam keadaan cukup sifat yang ditanam di satu kawasan di Kampung Limau Manis, Lunas, Kulim, malam tadi.

 
 

PKINK tawar daging tempatan segar RM25 sekilo di Kala Fest


KOTA BHARU, 18 April (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) akan menawarkan daging lembu tempatan pada harga RM25 sekilogram sempena Kelantan Authentic Lifestyle and Arts Fest (KALA FEST) Kelantan 2019 bermula 24 hingga 28 April ini.

 
 

Perhilitan tangkap dua ekor gajah di Jeli


JELI, 18 April (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap dua gajah jantan liar seberat dua dan 1.5 tan di Kampung Kalai, Jeli, semalam.

 
 

Kerajaan negeri Pahang tidak pernah pinggir pembangunan Orang Asli


KUANTAN, 17 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Pahang tidak pernah mewujudkan sebarang jurang perbezaan dalam soal pembangunan belia antara bandar dan luar bandar, termasuk dalam kalangan belia Orang Asli.

 
 

Bukan kebakaran tetapi pembakaran lebihan gas - Bomba


KUANTAN, 17 April (Bernama) --  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri  Pahang hari ini mengesahkankan ‘kebakaran’ yang dikatakan berlaku di kawasan Malaysia China Kuantan Industrial Park (MCKIP), di sini malam tadi tidak melibatkan sebarang premis bangunan milik Allience Steel (M) Sdn Bhd (ASSB).

 
 

Jabatan Perikanan Kelantan rampas bubu naga bernilai RM16,600


TUMPAT, 17 April (Bernama) -- Jabatan Perikanan Malaysia Kelantan merampas 83 unit bubu naga bernilai RM16,600 dalam satu operasi bersepadu di perairan Tumpat pagi tadi.

 
 

Jakim berjaya didik Orang Asli Islam


GUA MUSANG, 17 April (Bernama) -- Khidmat 50 Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) yang dilantik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Kelantan untuk memberi bimbangan agama kepada masyarakat Orang Asli yang sudah memeluk agama Islam berjaya menarik lebih ramai golongan itu memeluk agama Islam. 

 
 

APMM Kelantan tahan empat nelayan Vietnam tangkap gamat haram


PASIR PUTEH, 17 April (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan empat nelayan termasuk seorang tekong dari Vietnam kerana menangkap gamat secara haram di perairan negara semalam.

 
 

UiTM Kelantan lahirkan 50 usahawan bumiputera


MACHANG, 17 April (Bernama) -- Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan melahirkan kira-kira 50 usahawan bumiputera yang berjaya  dalam pelbagai bidang  sejak ditubuhkan sehingga sekarang.

 
 

Hilang tumpuan punca Kelantan United gagal sekat Terengganu


KOTA  BHARU, 17 April (Bernama) -- Ketua jurulatih Kelantan United, Zahasmi Ismail akui kehilangan tumpuan menyebabkan pasukannya itu gagal melangkah  ke peringkat  suku akhir saingan Piala FA selepas  tewas 1-3 pada saingan pusingan ketiga kepada Terengganu FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini malam tadi.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 -


 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel