Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Orang asli Kuala Koh mula ambil suntikan vaksin

GUA MUSANG, 2 Julai (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Daerah Gua Musang memulakan gerakan memberikan suntikan vaksin kepada penduduk Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh dan Aring 5 mulai semalam sebagai langkah pencegahan penularan wabak jangkitan penyakit berjangkit. 

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan/Terengganu, Hashim Alang Abdul Hamid berkata, setakat ini seramai 204 Orang Asli di dua kampung tersebut menerima suntikan vaksin dan masih ada yang belum menerima suntikan akan berbuat demikian selepas ini. 

Beliau berkata, daripada jumlah itu, ia membabitkan seramai 65 Orang Asli di Kampung Kuala Koh manakala 139 orang lagi penduduk Orang Asli Kampung Aring 5 iaitu kampung yang terletak berjiran dengannya.

Katanya, penduduk Orang Asli yang belum diberi suntikan vaksin kerana mereka masih demam dan ibu mengandung ditangguh dahulu sehingga keadaan mereka kembali sihat atau selepas ibu itu melahirkan anak. 

"Tidak ada masalah ketika gerakan melakukan suntikan vaksin itu kerana semua kaum tersebut memberi kerjasama penuh sehingga selesai," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Suntikan vaksin kepada kaum itu dilakukan susulan kematian 15 Orang Asli di Kampung Kuala Koh mulai awal Mei lepas akibat demam campak dan 112 orang lagi menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM) dan klinik berhampiran. 

Hashim Alang berkata, usaha memberi suntikan vaksin itu sebagai langkah awal untuk mengelakkan jangkitan kuman penyakit itu sebagaimana yang disarankan Kementerian Kesihatan. 

Katanya, kaum itu yang dijangkiti penyakit tersebut dan menerima rawatan susulan di HGM dan Hospital Kuala Krai (HKK) masih tidak dibenarkan pulang ke rumah mereka.....

[ berita penuh ]

 

Rumah dua beradik musnah terbakar


KUALA TERENGGANU, 1 Julai (Bernama) --  Dua keluarga beradik  tinggal sehelai sepinggang selepas rumah kediaman mereka yang terletak bersebelahan musnah satu kebakaran di Kampung Losong Haji Long, malam ini.

 
 

Terengganu sasar tiga terbaik Futsal Malaysia


Skuad Terengganu mensasarkan kelompok tiga teratas pada saingan sulung Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) 2019, berdasarkan prestasi pasukan berkenaan pada dua perlawanan sebelum ini.

 
 

Sekolah usahakan cendawan kumpul dana aktiviti


Sekolah Kebangsaan (SK) Bakong di sini menjadi sekolah perintis di Kelantan yang menanam cendawan menerusi Projek Sarana Persatuan Ibu Bapa Komuniti (Sarana Cendawan) sejak Mei tahun lepas.

 
 

FAMA Terengganu lelong 15 tan metrik durian awal Ogos


KUALA TERENGGANU, 1 Julai (Bernama) -- Sebanyak 15 hingga 20 tan metrik durian pelbagai jenis akan dijual pada harga yang lebih murah berbanding harga pasaran melalui program Jualan Anak Beranak 2.0 anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu pada awal Ogos ini.

 
 

APMM Pahang tumpas cubaan seludup 2,000 karton rokok


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pahang menumpas cubaan menyeludup 2,000 karton rokok yang dianggarkan bernilai RM300,000 termasuk cukai di perairan Kuala Rompin dekat sini, Jumaat lepas. 

 
 

Macau Scam: pembantu kedai elektrik rugi RM95,000


Seorang pembantu kedai elektrik mendakwa kerugian RM95,000 selepas terjerat dalam sindiket Macau Scam sejak Mac lepas. 

 
 

Kedah perlu perbaiki prestasi untuk Final Piala FA


Skuad Kedah perlu memperbaiki prestasi di atas padang bagi mengelak senario sama berulang ketika tewas 2-3 kepada Felda United di Stadium Tun Abdul Razak Jengka di sini, malam tadi.

 
 

Lombong mangan di Kuala Koh disita


KOTA BHARU, 30 Jun (Bernama) -- Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) menyita lombong bijih mangan di Aring 11 Kuala Koh, Gua Musang sejak 11 Jun lepas, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

 
 

KOWAMAS bakal lancar projek Linear City tahun depan


KOTA BHARU, 29 Jun (Bernama) -- Koperasi Wawasan Malaysia (KOWAMAS) akan melancarkan projek Linear City  tahun depan, kata Pengerusinya Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi.

 
 

Anak nelayan, peniaga pasar malam penerima tajaan PESP Petronas


KUALA NERUS, 29 Jun (Bernama) -- "Saya mengimpikan kerjaya stabil untuk membantu kewangan keluarga, agar ayah tidak perlu lagi berniaga di pasar malam selepas ini," kata Wan Muhammad Nur Hisyam Wan Zakaria, 18.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 -


 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel