Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Gerak hati isteri petanda suami maut kemalangan

ROMPIN, 26 Dis (Bernama) -- Gerak hati seorang isteri mendengar deringan telefon pada tengah malam, ternyata benar apabila dia dimaklumkan suaminya antara tiga beranak yang maut dalam kemalangan di Kilometer 140, Jalan Kuantan-Johor Bharu di sini, semalam. 

Noormawati Wagimam, 40, berkata dia tidak menjawab panggilan telefon sekitar pukul 1.30 pagi itu kerana tidak mengenali nombor yang tertera pada skrin telefon bimbitnya. 

"Tapi saya rasa tak sedap hati kerana jarang mendapat panggilan pada waktu itu. Tidak lama kemudian, adik ipar telefon maklumkan 'Li (nama panggilan suaminya) dan mek (mak mertuanya) sudah tiada," katanya semasa ditemui di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rompin di sini, hari ini. 

Noormawati yang merupakan suri rumah menambah suaminya, Rosli Mat Daud, 38, mengikut adiknya, Rizuan, 34, ke Kelantan bagi membawa ibu mereka Rakiah Mat, 64, berjumpa doktor pakar di sana. 

Pada kemalangan pukul 11.50 malam itu, Rosli dan Rakiah maut di tempat kejadian selepas kereta Proton Saga dipandu Rizuan terbabas lalu bertembung dengan sebuah bas ekspres yang berada di laluan bertentangan, semasa mereka dalam perjalanan pulang ke Johor.

Turut maut ialah anak Rizuan, Aidil Ashraff, lima tahun, yang disahkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Rompin. 

Noormawati  yang mempunyai tiga orang anak berusia antara enam hingga dua tahun berkata kali terakhir dia bercakap dengan Rosli ialah menerusi panggilan telefon pada pukul 5 petang semalam, dan suaminya memaklumkan mereka mahu menyambung perjalanan selepas berhenti rehat di Kuantan. 

Sementara itu, kakak kepada Rosli dan Rizuan, Rohana, 44, berkata ibunya perlu menjalani pemeriksaan pakar di Kelantan kerana berhasrat mahu menetap di sana selepas tiga tahun berada di Johor. 

"Mek menghidap penyakit buah pinggang... lebih mudah jika saya menjaganya. Tapi mek nak pulang ke Kelantan dan doktor mahu memeriksa mek sebelum memutuskan sama ada dia boleh menjalani rawatan di sana. 

"Tak tahu nak cakap apa sebab hilang tiga (anggota keluarga) serentak... Ashraff juga rapat dengan saya sebab saya yang menjaganya sejak kecil semasa emaknya bekerja," katanya.....

[ berita penuh ]

 

KAFA dapatkan khidmat pemain dari Jepun


Kedua-dua pemain import ini ditaja oleh penaja kami bagi membantu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi oleh persatuan ketika ini.

 
 

Polis Gua Musang rampas 100 kg daun ketum dan ubat batuk


Pada pukul 4.20 petang polis telah menahan dua buah kereta di kampung berkenaan dan pada kereta pertama menemui sebanyak lima plastik hitam mengandungi 50 kilogram daun ketum dan 72 botol kecil mengandungi cecair warna hitam dipercayai ubat batuk.

 
 

Tujuh lelaki ditahan bantu siasatan pergaduhan di R&R Gambang


Pemilik gerai di R&R itu telah membuat laporan polis mendakwa dua pembantu kedainya ditampar, dicekik dan ditendang oleh seorang pemandu bas yang sering makan di kedai itu akibat salah faham.  

 
 

Tak puas hati punca pergaduhan di R&R Gambang


Polis juga menegaskan kejadian itu bukan melibatkan pergaduhan antara kaum seperti yang didakwa sesetengah pihak, sebaliknya disebabkan rasa tidak puas hati pihak terlibat.

 
 

60 murid gembira terima bantuan persekolahan daripada Ikram


Sumbangan kelengkapan persekolahan ini diharap sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan ditanggung memandangkan ibu bapa sedang membuat persediaan keperluan persekolahan kerana musim cuti persekolahan bakal berakhir.

 
 

Anih berhad siasat dakwaan kakitangan gerai R&R pukul pemandu bas


Punca pergaduhan dipercayai akibat pemandu bas mengugut mahu melempang seorang pelayan yang menggunakan bahasa kesat terhadapnya, menyebabkan dia dipukul oleh beberapa individu selepas selesai minum.

 
 

Hasrat buka perniagaan lebur ditipu syarikat kewangan tidak wujud


Mangsa bagaimanapun dimaklumkan perlu membuat bayaran pendahuluan atas pelbagai alasan, yang kononnya akan dipulangkan semasa suspek ke Lipis bagi menyerahkan dokumen perjanjian pinjaman.

 
 

Persepsi negatif kerajaan tidak bantu pekebun tidak benar - Pengerusi LPP


KOTA BHARU, 24 Dis (Bernama) -- Persepsi negatif yang mengatakan kerajaan persekutuan tidak melakukan apa-apa dalam menghadapi situasi sukar khususnya kepada golongan pekebun adalah tidak benar, kata Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Mazlan Aliman.

 
 

APM pantau perkembangan air pasang


KUALA TERENGGANU, 24 Dis (Bernama) -- Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu akan menjalankan pemantauan dalam tempoh empat hingga enam jam sekali setiap hari bagi mengawasi fenomena air pasang besar. 

 
 

Popularkan kembali permainan tradisional - Tengku Abdullah


KUANTAN, 23 Dis (Bernama) -- Usaha untuk mempopularkan kembali permainan tradisional perlu dilakukan bagi memastikan ia tidak pupus ditelan zaman, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. 

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 -


 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel