Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis tahan suspek pecah rumah Datuk

KUANTAN, 23 Dis (Bernama) -- Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan bagi membantu siasatan kejadian pecah rumah seorang ahli perniagaan berpangkat 'Datuk' di sini, awal bulan ini. 

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata suspek yang merupakan bekas pekerja kepada mangsa ditahan di sebuah rumah di Kampung Pandan 1 di sini, pada pukul 11 pagi semalam.

"Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis syabu. Polis juga merampas satu plastik lutsinar yang dipercayai dadah yang digunakan suspek," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. 

Mohamad Noor berkata polis kini giat mengesan seorang lagi suspek disyaki dalang utama rompakan itu dan dipercayai menyimpan barangan yang dilarikan. 

Semalam, Bernama melaporkan seorang ahli perniagaan berusia 31 tahun kerugian RM100,000 selepas telefon bimbit dan 15 utas jam tangan berjenama dilarikan oleh dua lelaki yang mengumpil pintu rumahnya di Bandar Damansara di sini. 

Suspek turut merosakkan kereta mewah jenama Porsche yang diletakkan di garaj rumah itu, dipercayai akibat berang selepas gagal melarikan kereta tersebut. 

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian berlaku pada 6 Dis lalu, namun hanya disedari mangsa pada 19 Dis kerana berada di Kuala Lumpur atas urusan perniagaan sejak dua bulan lepas. 

-- BERNAMA

.....

[ berita penuh ]

 

KPDNHEP Terengganu rekod 504 kes pelbagai kesalahan sejak 1 Jan lalu


Penentuan harga barangan bagi negeri-negeri dibuat mengikut kesesuaian harga pasaran semasa dan mengambil kira faktor perubahan harga, khususnya bagi barangan import yang dipengaruhi oleh harga di negara asal, perubahan kadar tukaran mata wang dan peningkatan kos utiliti penternak.

 
 

Jururawat dan bayi maut dalam kemalangan kereta bertembung lori


Kemalangan itu menyebabkan Rahimah maut di tempat kejadian manakala bayinya  Muhammad Zamil Abdul Aris yang diletakkan di atas kerusi bayi di tempat duduk hadapan kereta meninggal dunia di Klinik Kesihatan Perwira Jaya pada pukul 10.20 pagi.

 
 

Hukuman sebat di Terengganu 'jentik' pelbagai reaksi


Dalam mengharungi senario sebagai pembangkang, Terengganu dilihat mengambil sikap bertenang dan berbaik-baik dengan kerajaan pusat apatah lagi dalam isu menuntut royalti minyak yang amat diperlukan dalam menguruskan pelbagai perkara berkaitan rakyat dan negeri.

 
 

Masyarakat Orang Asli terancam kesan pembalakan tidak ikut SOP


Saya akan mendapatkan laporan berhubung syarikat pembalakan yang menjalankan aktiviti pembalakan di kawasan perkampungan masyarakat Orang Asli bagi memastikan mereka mempunyai lesen yang sah atau menjalankan aktiviti berkenaan secara haram.

 
 

Datuk kerugian lebih RM100,000, rumah dipecah masuk


Kereta jenis Porsche yang ditinggalkan di garaj rumah turut dirosakkan selepas dipercayai cuba dilarikan tetapi gagal, malah tiga CCTV yang berada di hadapan dan dalam rumah turut dirosakkan dipercayai untuk mengelak perbuatan mereka dirakam.???????

 
 

Rugi RM30,000 gajah musnah kebun kelapa sawit


Ini sudah masuk kali kedua kejadian serangan gajah di kebun kami dan sebelum ini pun sudah 60 pokok musnah dikerjakannya. Jadi kami amat berharap pihak berkenaan dapat membantu menyelesaikan masalah ini sebelum ia memusnahkan semua tanaman.

 
 

Kadar jenayah Terengganu turun tahun ini - Ketua Polis Terengganu


Ia adalah hasil kerjasama antara orang awam dan polis yang memberi maklumat dan lawatan ke bengkel bagi mengesan jika terdapat alat ganti yang telah dileraikan.

 
 

Yayasan Pahang peruntuk RM3.4 juta untuk bantuan persekolahan


Kerajaan negeri memperuntukkan bantuan berupa wang tunai berjumlah RM150 kepada seorang murid supaya mereka  membeli sendiri persiapan seperti beg sekolah dan pakaian sekolah kepada mereka.

 
 

Jangan guna wang royalti untuk parti - Pengerusi PPBM Terengganu


Setakat ini kerajaan pusat telah menyalurkan sebanyak RM450 juta wang royalti kepada negeri Terengganu yang dibayar sebanyak tiga kali iaitu yang terakhir pada awal bulan ini.

 
 

Royalti minyak: Kelantan arah tarik balik saman dua bulan lepas


KOTA BHARU, 22 Dis (Bernama) -- Kerajaan Kelantan telah mengarahkan peguamnya menarik balik saman berhubung royalti minyak terhadap Petronas dan kerajaan persekutuan kira-kira dua bulan lepas, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 -


 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel