Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kanak-kanak perempuan maut jatuh lubang kumbahan

KUANTAN, 10 Okt  -- Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut akibat lemas selepas disyaki terjatuh ke dalam lubang kumbahan semasa bermain di rumah neneknya di Batu 5, Jalan Gambang di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata mayat Nur Ariesha Abdul Rahman dijumpai dalam keadaan terapung selepas penduduk di kawasan itu mencari mangsa yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bermain pada 5 petang. 

Mangsa yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik dikatakan keluar bersama dua abangnya berusia tujuh dan lapan tahun untuk ke rumah nenek mereka yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah mereka. 

"Pencarian menemui mangsa sekitar 8 malam apabila penduduk memeriksa lubang kumbahan itu yang berada dalam keadaan terbuka. 

Siasatan awal mendapati salah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang turut bermain dengan mangsa telah membuka lubang kumbahan itu sebelum penutupnya terjatuh dan tenggelam ke dasar," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Mohamad Noor berkata rakan sepermainan mangsa telah meninggalkan kawasan itu dalam keadaan lubang kumbahan itu terbuka tanpa menyedari mangsa berada dalam kalangan mereka dan kembali bermain di kawasan lain sebelum pulang. 

Kehilangan mangsa hanya disedari oleh abang mangsa selepas tiba di rumah menyebabkan ibunya, Helmi  Nordin, 39, meminta pertolongan jiran untuk mencari dan menghebahkan kehilangan itu di laman sosial. 

Kematian Nur Ariesha berlaku hanya berselang dua hari selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun Mohammad Anas Hadif Ahmad Hafiz lemas juga akibat terjatuh ke dalam lubang kumbahan di Ipoh, Perak. 

Sementara itu, usaha untuk menemu bual ibu mangsa di lokasi kejadian pada tengah malam tadi dan di Bahagian Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini, tidak berhasil kerana beliau dan anggota keluarga lain enggan ditemu bual. 

Ibu mangsa yang menjual kuih berhampiran rumah juga dilihat ditenangkan anggota keluarga semasa menuntut jenazah mangsa yang difahamkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pandan 2 di sini, selepas solat Asar hari ini. 

-- BERNAMA 


 

.
.....

[ berita penuh ]

 

Teliti semula kaedah pemberian kad kuasa penarik kereta


KOTA BHARU, 10 Okt -- Persatuan Pengguna Islam Kelantan (PPIK) meminta pihak berkuasa meneliti semula kaedah pemberian kad kuasa kepada ejen penarik kereta di negeri ini.

 
 

Sikap positif ibu penguat semangat wartawan Kosmo!


KUANTAN, 10 Okt -- Sikap positif ibu menjadi kekuatan buat wartawan Kosmo! Mohd Ghazali Alias apabila menerima notis penamatan operasi akhbar itu secara mengejut semalam.

 
 

KKMM perjelas tiga isu utama kepada penjawat awam Pantai Timur


Kira-kira 1,000 penjawat awam di Pantai Timur menghadiri taklimat berkaitan tiga isu utama iaitu bahaya gerakan antivaksin kepada masyarakat, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023, di sini hari ini.

 
 

'Bersatu' menerusi tarian singa


Tarian singa sememangnya sinonim dengan masyarakat berbangsa Cina namun bagi Persatuan Tarian Singa Persatuan Pembinaan Kuantan, mereka dianggotai oleh masyarakat pelbagai kaum. 

 
 

Polis nafi keluar notis berkaitan kes pengubahan wang haram, penyeludupan dadah


Polis Terengganu menafikan pihaknya telah mengeluarkan notis terhadap seorang individu bagi membantu siasatan berhubung kes penyeludupan dadah dan pengubahan wang haram seperti yang tular di media sosial sejak Selasa lepas.

 
 

Peniaga jual asyura sepanjang tahun


TUMPAT, 9 Okt -- Membuat bubur asyura secara bergotong-royong sepanjang bulan Muharam sudah menjadi tradisi rakyat negara ini.

 
 

UMP kekal penarafan lima bintang dua tahun berturut-turut


PEKAN, 9 Okt -- Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya mengekalkan penarafan lima bintang yang bermaksud cemerlang dalam Pengauditan Pengurusan Kewangan Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara buat kali kedua berturut-turut. 

 
 

Graduan UiTM perlu galas tanggungjawab tingkat sosio-ekonomi bumiputera - Safri


MACHANG, 9 Okt – Graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) perlu menggalas tanggungjawab meningkatkan sosio-ekonomi bumiputera yang masih jauh ketinggalan.

 
 

JTK Terengganu kesan 55 majikan lakukan kesalahan babitkan gaji pekerja


KUALA TERENGGANU, 9 Okt  -- Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Terengganu, mengesan 55 majikan yang disyaki melakukan kesalahan membabitkan gaji pekerja.

 
 

Isu Felcra Bukit Tandak sepatutnya tidak lagi berbangkit - Mohd Amar


KOTA BHARU, 9 Okt -- Isu penebangan kebun getah yang berlaku di Felcra Bukit Tandak, Rantau Panjang baru-baru ini sepatutnya tidak dijadikan isu oleh peserta dan pihak tertentu kerana jelas tanah yang terbabit bukan hak peserta.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 -


 
 
     
   
 

Sedia pelan komunikasi strategik lawan penyebaran maklumat palsu koronavirus - MB Johor

 
     

Hasil negeri Kedah bagi 2019 melebihi sasaran - Mukhriz

 
     

Nota suara kematian akibat koronavirus di Bentong palsu

 
     

Pemilihan Bersatu Sabah: Hajiji antara ketua bahagian menang tanpa bertanding

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel