Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM Terengganu pertingkat rondaan tangani pencerobohan nelayan asing

KUALA TERENGGANU, 23 Nov (Bernama) –? Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menjangka lebih banyak bot nelayan asing akan menceroboh perairan Terengganu pada musim tengkujuh berikutan kekurangan hasil laut di negara mereka pada musim itu, kata Pengarah Maritim Zon Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi MD Deris @ Abd Rashid. 

Justeru, APMM Terengganu akan mempertingkat rondaan sepanjang musim tengkujuh untuk menangani ancaman kemasukan bot nelayan asing. 

Rashidilhadi berkata rondaan itu termasuk di beberapa pulau peranginan terutamanya Pulau Redang (Setiu) dan Pulau Tenggol (Dungun).

"APMM juga akan bekerjasama dengan pegawai di pelantar minyak dan komuniti nelayan tempatan,” katanya pada sidang media di sini hari ini. 

Terdahulu, Rashidilhadi berkata APMM Terengganu telah menahan sebuah bot nelayan asing di lokasi 44 batu nautika dari Kuala Terengganu dalam satu rondaan 3.43 petang semalam.....

[ berita penuh ]

 

Naik taraf jalan Gambang-Segamat dijangka siap Mei 2019


KUANTAN, 23 Nov (Bernama) -- Kerja-kerja menaik taraf Jalan Gambang-Segamat  yang menjadi antara laluan utama penduduk pantai timur ke Johor, Negeri Sembilan dan Melaka dijangka siap sepenuhnya pada Mei depan.

 
 

Dua termasuk anggota polis maut kemalangan di Muadzam Shah


Lori Toyota Dyna Hi-Ace dipandu Wang Aji dari arah bertentangan. Sebaik tiba di tempat kejadian, Perodua Kancil itu dikatakan hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri dan pemandunya cuba masuk semula ke laluannya.

 
 

Bot nelayan Vietnam ditahan APMM


KUALA TERENGGANU, 22 Nov (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan Vietnam yang menjalankan kegiatan menangkap ikan secara haram di perairan Pahang, Selasa lalu.

 
 

TFC ikat 10 pemain baharu menjelang Liga Malaysia


Pemilihan pemain baharu itu dilihat mampu memberi impak positif kepada kekuatan pasukan itu selaras misi membawa balik piala Liga Malaysia ke Terengganu dan melayakkan pasukan ke saingan Asian Football Confederation (AFC).

 
 

Polis Pahang nafi kes kanak-kanak mati diberi susu dan ubat batuk


Dakwaan yang mengaitkan wanita berkenaan terlibat dengan kematian empat orang anaknya adalah tidak benar dan tidak wujud insiden berkenaan di daerah Bera.

 
 

Masih ramai pekerja di Pahang tiada rekod pembayaran zakat


Sebanyak 1,852 majikan sebelum ini diminta supaya mengemukakan senarai nama kakitangan masing-masing kepada PKZ dan hampir separuh daripada majikan berkenaan telah menghantar senarai nama yang diminta.

 
 

Pakej ke pulau, Setiu Wetland bakal tarik pelancong ke Terengganu - exco


Beberapa pulau di Setiu sering menjadi tarikan pelancong luar negara dan kita berharap perkara yang sama berlaku di Setiu Wetland. Kita (Kerajaan Negeri) berhasrat menjadikan gabungan dua kawasan ini sebagai tarikan baharu, melonjakkan industri pelancongan dan meningkatkan taraf ekonomi penduduk.

 
 

Syiah kekal fahaman menyeleweng - Mufti Pahang


KUANTAN, 22 Nov (Bernama) – Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan bahawa tiada semakan mahupun peluang seharusnya diberikan terhadap penyebaran ajaran Syiah di negara ini.

 
 

Judi: Tiada lesen baharu diluluskan


KUANTAN, 22 Nov (Bernama) -- Kerajaan negeri Pahang tiada cadangan untuk meluluskan lesen hiburan baharu berunsur perjudian sebaliknya menumpukan perhatian kepada premis perjudian yang telah dilesenkan bagi memastikan ia mematuhi syarat yang ditetapkan.

 
 

80 murid gembira terima bantuan awal persekolahan


KOTA BHARU, 22 Nov ( Bernama) -- Seramai 80 orang murid kurang berkemampuan di negeri ini menerima bantuan awal persekolahan bagi sesi akademik 2019 daripada Bank Simpanan Nasional ( BSN) Kelantan bernilai RM16,000. 

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 -


 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel