Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kempen harga patut sepanjang tahun di Pahang

KUANTAN, 17 Nov (Bernama) -- Kempen harga patut di Pahang berkemungkinan dilaksanakan sepanjang tahun bermula 2019 bagi membantu mengurangkan beban pengguna. 

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna  Pahang Datuk Mark Ujin berkata usaha itu juga dapat memberi masa kepada peruncit untuk mengadakan promosi mengikut kesesuaian mereka.

"Kita mahu membantu rakyat dengan menggalakkan pemain industri sektor peruncitan terutamanya pasar raya besar dan pasar raya biasa untuk menurunkan harga barang dan dengan itu  mampu meringankan beban perbelanjaan rakyat dan merancakkan kegiatan ekonomi," katanya kepada pemberita semasa ditemui pada Pelancaran Kempen Harga Patut di sini, hari ini. 

Pelancarannya disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Nazri Ngah. 

Mengulas mengenai kempen itu, Mark berkata sebanyak 15 jenama terkemuka di pusat beli-belah Kuantan City Mall menawarkan diskaun 10 hingga 70 peratus bermula semalam. 

"Tempoh diskaun ini terpulang kepada jenama terlibat kerana ia mampu membantu meringankan beban pengguna dalam berbelanja dan diharapkan mereka akan terus menyokong inisiatif seperti ini pada masa depan," katanya. 

-- BERNAMA

.....

[ berita penuh ]

 

431 kes demam denggi di Terengganu antara Jan hingga 14 Nov lepas


KUALA TERENGGANU, 17 Nov (Bernama) -- Sebanyak 431 kes demam denggi dilaporkan di Terengganu sejak 1 Jan hingga 14 Nov lepas, peningkatan 57.9 peratus atau 158 kes berbanding 273 kes dalam tempoh sama pada tahun 2017.

 
 

JAS Kelantan tubuh tiga pasukan penguat kuasa pantau aktiviti pembalakan


PASIR PUTEH, 17 Nov (Bernama) -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan menubuhkan tiga pasukan pemantau bagi memantau aktiviti pembalakan dan penebangan haram di Gua Musang bagi mengelak banjir besar berlaku terutama sepanjang musim tengkujuh ini.

 
 

Kerajaan cadang realisasikan Kolej Kejuruteraan Maritim Tok Bali


PASIR PUTEH, 16 Nov (Bernama) -- Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bercadang merealisasikan pewujudan Kolej Kejuruteraan Maritim, Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang tertangguh pembinaannya di Tok Bali di sini sejak tahun 2008.?

 
 

Judi, Sundal: Tindakan tegas menanti pengendali pusat - Mohd Zakaria


KUANTAN, 16 Nov (Bernama) -- Tindakan lebih tegas akan dilakukan terhadap mereka yang menjalankan kegiatan pusat perjudian dan persundalan di Pahang. 

 
 

Yayasan tH agih zakat RM157,000 kepada pelajar asnaf


TEMERLOH, 15 Nov (Bernama) -- Yayasan Tabung Haji (TH) hari ini, mengagihkan zakat pendidikan berjumlah RM157,000 kepada 314 pelajar daripada golongan asnaf negeri Pahang tahun ini.

 
 

56,584 murid sekolah rendah di Pahang obes


KUANTAN, 15 Nov (Bernama) -- Seramai 56,584 murid sekolah rendah di Pahang mengalami masalah obesiti pada tahun lalu, kata Pengarah Pendidikan negeri Dr Tajuddin Mohd Yunus.

 
 

Polis Pahang lupus dadah bernilai RM1.1 juta


KUANTAN, 13 Nov (Bernama) -- Polis Pahang memperoleh kebenaran mahkamah bagi melupuskan 763.32kg pelbagai jenis dadah bernilai RM1.1 juta dengan cara pembakaran, yang akan dilakukan di Port Dickson, Negeri Sembilan. 

 
 

JPN Kelantan sedia 15 pusat peperiksaan gantian hadapi musim tengkujuh


KOTA BHARU, 13 Nov (Bernama) -- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan telah menetapkan 15 pusat peperiksaan gantian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di seluruh negeri sebagai persediaan menghadapi  musim tengkujuh.

 
 

Tunku Azizah mahu tenun Pahang unggul dalam kelas tersendiri


PEKAN, 13 Nov (Bernama) -- Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah mahu melihat seni tenun Pahang terus unggul dalam kelas tersendiri dalam industri tekstil negara. 

 
 

Mayat suspek terjatuh di Sungai Paka ditemui, usaha cari anggota polis diteruskan


DUNGUN, 12 Nov (Bernama) -- Mayat suspek kes samun yang terjatuh ke dalam Sungai Paka semasa dikejar anggota polis pada Jumaat lepas ditemui pukul 11.30 pagi ini, manakala anggota polis yang turut terjatuh ke dalam sungai ketika mengejarnya masih belum ditemui.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 -


 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel