Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jadikan perpustakaan sebagai gedung menuntut ilmu - Tengku Abdullah

KUANTAN, 12 Nov (Bernama) -- Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini, bertitah mahu melihat anak Pahang menjadikan semua 74 perpustakaan di negeri ini sebagai gedung menuntut ilmu. 

Baginda bertitah, sikap suka membaca bahan bacaan berkualiti dapat membina generasi masa hadapan Pahang yang berilmu, berhemah, berintegriti dan berpengetahuan yang berada di landasan terbaik. 

Secara spontan, Tengku Abdullah menasihatkan anak-anak muda Pahang untuk tidak mencontohi perbuatan baginda yang menjadikan perpustakaan sebagai tempat beristirehat. 

"Saya memang ada cerita tentang perpustakaan semasa saya belajar di England... saya banyak habiskan masa di perpustakaan untuk membuat homework dan kadang-kadang selepas bermain bola, saya perlukan tempat berehat. 

"Jadi, antara kawasan yang sunyi dan nyaman adalah perpustakaan... kita niat nak buat homework juga, tapi sebab badan letih jadi tertidur di situ. Bukan hanya tertidur, tapi siap berdengkur sehingga dikejutkan oleh guru yang menyatakan di situ bukan tempat untuk tidur atau makan," titah baginda. 

Tengku Abdullah bertitah demikian semasa berucap merasmikan Bangunan Perpustakaan Awam Pahang sempena memuliakan Ulang tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Jalan Kemunting di sini, hari ini. 

Turut berangkat ialah Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan majlis juga dihadiri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan kepimpinan kerajan negeri.

Baginda dalam ucapannya juga berkenan untuk menamakan perpustakaan yang bernilai RM48 juta yang dibina di tanah seluas 1.6 hektar sebagai Perpustakaan Sultan Haji Ahmad Shah, sebagai memuliakan Sultan Pahang yang mencintai ilmu dan buku. 

Titah Tengku Abdullah, Sultan Ahmad Shah mempunyai koleksi buku yang sangat banyak dan menjadikan membaca sebagai amalan beristirehat pada masa lapang. 

"...kalau saya pergi menghadap Sultan, untuk ke katil baginda pun saya kena berjalan di kiri dan kanan buku. Keliling katil baginda juga banyak buku dan baginda begitu bersungguh serta berminat dengan buku.....

[ berita penuh ]

 

Anggota polis hilang, IPD di Terengganu diminta adakan solat hajat


KUALA TERENGGANU, 12 Nov (Bernama) -- Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini diminta mengadakan solat hajat bagi mendoakan agar anggota mereka, Wan Mohd Arif Wan Yahya, yang dikhuatiri lemas dan hilang di Sungai Paka dekat Kampung Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lepas ditemui.

 
 

Mangsa banjir di Lipis kekal 46 orang


KUANTAN, 12 Nov (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Lipis kekal 46 orang daripada 13 keluarga pagi ini. 

 
 

MPK juara Liga Hoki Pahang


KUANTAN, 11 Nov (Bernama) -- Pasukan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) muncul juara Divisyen Satu Liga Hoki Pahang selepas menundukkan Bera 4-2 di Stadium Hoki Kuantan di sini, hari ini.

 
 

Dua pelajar terima Anugerah Pelajaran Diraja di Majlis Konvokesyen UMT


KUALA NERUS, 11 Nov (Bernama) -- Dua penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Kali Ke-16, di sini bertekad untuk kembali menabur bakti di universiti itu selepas menamatkan Ijazah Doktor Falsafah kelak.  

 
 

Lynas peroleh lesen ekoran kepatuhan kepada undang-undang


KUANTAN, 11 Nov (Bernama) -- Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) memperoleh lesen untuk beroperasi di Malaysia, ekoran kepatuhan mereka terhadap semua peraturan undang-udang termasuk pematuhan kualiti alam sekitar. 

 
 

Peniaga di Tanah Merah dakwa kerugian akibat pembinaan jejambat


TANAH MERAH, 11 Nov (Bernama) -- Kira-kira 30 peniaga di bandar Tanah Merah, mendakwa kerugian puluhan ribu ringgit berikutan pembinaan jejambat  sepanjang 1.1 kilometer (km) yang sedang dalam pembinaan di bandar berkenaan ketika ini.

 
 

Dua beranak maut lori dinaiki rempuh treler


KUANTAN, 11 Nov (Bernama) -- Seorang pemandu lori dan anak perempuannya maut selepas lori dinaiki mereka merempuh sebuah treler di Kilometer 181 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) dekat Maran, awal pagi tadi.

 
 

Kelantan perlu dimajukan sama dengan negeri lain untuk capai status negara maju


KOTA BHARU, 11 Nov (Bernama) -- Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra bertitah Kelantan perlu dimajukan sama seperti negeri lain bagi mencapai status negara maju.

 
 

Sultanah Terengganu mahu UMT banyakkan penyelidikan bantu komuniti


KUALA NERUS, 11 Nov (Bernama) -- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) disaran supaya melaksanakan lebih banyak penyelidikan dalam bidang perikanan bagi membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat khususnya komuniti nelayan.

 
 

Mukhriz dahului senarai 602 penerima Darjah Kebesaran Kelantan


KOTA BHARU, 11 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir mendahului senarai penerima 602 penerima Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat dan Surat Kepujian sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V ke-49 yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini, hari ini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 -


 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel