Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis nafi kemalangan pelbagai kenderaan di Gerik

GERIK, 22 Julai (Bernama) - Polis Daerah Gerik hari ini menafikan video yang memaparkan kemalangan membabitkan beberapa bas, lori dan kereta di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) seperti yang tular di media sosial. 

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata semakan dan tinjauan yang dibuat di sepanjang jalan JRTB mendapati tiada kemalangan yang berlaku sebagaimana video yang ditular itu. 

"Saya mengesahkan kejadian kemalangan itu tidak berlaku di kawasan Gerik dan dipercayai berlaku di luar negara berdasarkan bentuk jalan dan kenderaan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam penyebaran berita yang tidak benar kerana tindakan undang-undang boleh diambil ke atas mereka. 

Video yang berdurasi hampir dua minit itu menunjukkan kemalangan membabitkan empat lori, dua bas dan sebuah kereta yang remuk di beberapa bahagian dengan seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu.....

[ berita penuh ]

 

KADA mahu lebih ramai golongan muda usahakan tanaman padi secara komersial


TUMPAT, 22 Julai (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) mahu lebih ramai golongan  muda menceburkan diri dalam bidang penanaman padi secara komersial di negeri ini kerana sektor pertanian adalah perniagaan yang menguntungkan.

 
 

Polis kesan dua individu serang guru di sebuah sekolah di Bachok


BACHOK, 22 Julai (Bernama) -- Polis Kelantan sedang mengesan dua individu yang didakwa terlibat dalam kes menyerang seorang guru di dalam kawasan sebuah sekolah menengah di Bachok, semalam.

 
 

Keluarga kejutan elektrik terkejut pemergian kedua-dua mangsa


PASIR MAS, 21 Julai (Bernama) -- Ahli keluarga mangsa kejutan elektrik yang meninggal dalam insiden itu di Petaling Jaya, Selangor hari ini melahirkan rasa terkejut dengan pemergian kedua-dua mangsa.

 
 

Tiga beranak 'susul' pemergian suami - ibu


KUANTAN, 21 Julai (Bernama) -- Baharu sahaja kehilangan suami, Siti Zaleha Abd Rashid hari ini diuji lagi dengan kehilangan anak dan dua cucu dalam kebakaran di Kampung Sungai Isap 2 di sini. 

 
 

Pusat pemuliharaan harimau kebangsaan (NTCC) beroperasi hujung tahun ini


KUALA NERUS, 21 Julai (Bernama) -- Pusat Pemuliharaan Harimau Kebangsaan (NTCC) di kawasan seluas 40 hektar di Lanchang, Pahang, berhampiran Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, dijangka siap dan mula beroperasi selewat-lewatnya hujung tahun ini.

 
 

PPD Kuantan bantu urus insurans dua beranak maut kebakaran


Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan akan membantu menguruskan tuntutan insurans dua beradik yang maut dalam kebakaran di Kampung Sungai Isap 2 di sini, hari ini. 

 
 

'Awang Besul' mungkin diserang penyakit 'Canine distemper' - KP Perhilitan


Harimau jantan yang ditangkap Jumaat lepas oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu selepas berkeliaran di Kampung Besul Lama, Bukit Besi di Dungun, mungkin diserang penyakit 'Canine distemper'.

 
 

Sukar selamat kerana rumah berkunci - jiran


Jiran tiga beranak yang maut akibat kebakaran di Kampung Sungai Isap 2 di sini, memberitahu mereka sukar untuk masuk ke rumah itu, kerana keadaan rumah yang berkunci. 

 
 

Orang Asli Kuala Koh disaran ambil tindakan undang-undang - Husam


Masyarakat Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh, Gua Musang disaran agar mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa menyebabkan masalah pencemaran di kawasan penempatan mereka.

 
 

USM bantu Universiti selatan Thailand perkasa Bahasa Melayu


Universiti Sains Malaysia (USM) terus memperkasakan usaha memartabatkan Bahasa Melayu ke peringkat global dengan menyediakan kursus Bahasa Melayu secara percuma kepada 31 mahasiswa Pricess Of Naradhiwas University (PNU), selatan Thailand.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 - 130 - 131 - 132 - 133 -


 
 
     
   
 

Wakil jabatan audit mengaku rakam mesyuarat "pinda laporan audit 1MDB"

 
     

Pasukan audit 1MDB terkejut dengar gugur penyata kewangan - Saksi

 
     

Johor umum bantuan khas kewangan sebulan gaji buat penjawat awam negeri

 
     

Cadang Pahang kenakan sewa tinggi kepada Lynas - ADUN Kemayan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel