Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Maut dilanggar selepas disyaki curi pisang

KUANTAN, 14 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki maut setelah dilanggar anak pemilik kebun pisang dalam kejadian yang didakwa berpunca daripada insiden kecurian pisang di Kampung Paya Lang, Mengkuang, Bera dekat sini, hari ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nayan berkata lelaki berumur 25 tahun itu disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Triang, Bera pada pukul 3.00 pagi. 

Beliau berkata lelaki itu dipercayai dilanggar oleh anak pemilik kebun berkenaan yang datang ke kebun pada pukul 2.00 pagi selepas dimaklumkan oleh pekerjanya terdapat tiga lelaki menceroboh. 

"Tiga lelaki itu bergegas melarikan diri dengan menaiki motosikal dan dikejar oleh suspek yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda, bagaimanapun semua lelaki itu terlepas,” katanya kepada pemberita di sini.

"Namun semasa dalam perjalanan pulang dari kebun kemudiannya, suspek dipercayai ternampak dua motosikal yang dikatakan serupa dengan motosikal lelaki yang dikatakan menceroboh, lalu terus dilanggarnya,” tambahnya

Othman berkata polis kemudiannya menahan suspek yang berumur 22 tahun bersama dua rakan berumur 19 dan 22 tahun, serta seorang lelaki Indonesia berumur 47 tahun yang bekerja di kebun pisang itu. 

Menurutnya turut ditahan ialah dua rakan lelaki yang meninggal dunia yang berumur 31 dan 33 tahun bagi membantu siasatan berhubung aduan kecurian pisang yang dibuat suspek. 

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi kesalahan membunuh yang boleh membawa hukuman mati mandatori dan Seksyen 379 kanun sama bagi kesalahan mencuri yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

-- BERNAMA

.....

[ berita penuh ]

 

Bomba tambah anggota padam kebakaran hutan Lembah Bidong


KUALA NERUS, 14 Mac (Bernama) -- Lebih ramai anggota bomba terpaksa dikerah ke lokasi kebakaran hutan paya gambut di Lembah Bidong di Setiu bagi operasi pemadaman hari ini apabila api kini merebak ke kawasan hutan yang agak tebal, sekali gus menyukarkan kerja-kerja mengawal dan memadamkan api.

 
 

Belajar kerana ilmu, - Pelajar terbaik SPM 2018 Terengganu


KUALA TERENGGANU, 14 Mac (Bernama) – Belajar untuk cari ilmu, bukan demi peperiksaan semata-mata, demikian pegangan pelajar terbaik peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di Terengganu.

 
 

Ayam beku seludup bernilai RM204,864 dirampas di Machang.


PASIR MAS, 14 Mac (Bernama) -- Sejumlah 12,608 kilogram (kg) daging ayam sejuk beku bernilai RM204,864 dirampas pihak berkuasa, hasil pemeriksaan di sebuah premis penyimpanan bahan sejuk beku di Machang pada 5 Mac lalu.

 
 

Agensi berkaitan diminta perhebat pemantauan pembuangan sisa toksik di Terengganu


KUALA TERENGGANU, 14 Mac (Bernama) -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi berkaitan di Terengganu digesa memperhebat aspek pemantauan terhadap pelepasan sisa dan bahan buangan toksik terutama di kawasan perindustrian.

 
 

Cacat fizikal bukan halangan cemerlang SPM


KOTA BHARU, 14 Mac (Bernama) -- Kecacatan fizikal sejak daripada lahir tidak menjadi halangan kepada Muhammad Rizdwan Roslan memperoleh keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 diumumkan hari ini, sekali gus dinobatkan pelajar terbaik Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2.

 
 

Lelaki ditemukan lemas selepas ritual keagamaan


BESUT, 14 Mac (Bernama) -- Seorang lelaki ditemukan lemas di air terjun Lata Tembakah di sini, selepas melakukan ritual keagamaan bersama enam rakannya semalam.

 
 

Kebakaran hutan paya gambut Lembah Bidong merebak - Bomba


KUALA NERUS, 13 Mac (Bernama) – Kebakaran hutan paya gambut di Lembah Bidong, Setiu seluas 57 hektar semalam, hari ini merebak sehingga keluasan 60 hektar ekoran perubahan angin yang tidak menentu dan cuaca panas melampau.

 
 

Kebolehpasaran graduan PKB dalam pekerjaan meningkat


KOTA BHARU, 13 Mac (Bernama) -- Kebolehpasaran graduan Politeknik Kota Bharu (PKB) dalam pekerjaan mencatat peningkatan kepada 98 peratus bagi tahun 2018 berbanding 97.3 peratus tahun sebelumnya.

 
 

Cuaca panas di Kelantan belum kritikal - Mohd Amar


KOTA BHARU, 13 Mac (Bernama) -- Keadaan cuaca kering di Kelantan masih terkawal dan belum sampai ke tahap kritikal kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

 
 

Jawatankuasa khas teliti permainan Makyung - Md Anizam


KOTA BHARU, 13 Mac (Bernama) -- Kelantan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi meneliti setiap aspek permainan Makyung agar ia patuh syariah, kata Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan negeri Mej (B) Datuk Md Anizam Abdul Rahman.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 -


 
 
     
   
 

Jumlah pendaki Gunung Kinabalu meningkat tujuh peratus

 
     

Malaysia harus berkembang pacu usaha ke arah kelestarian masa depan - Sultan Nazrin

 
     

Polis tahan lelaki dakwa Nora Anne dirogol Orang Asli

 
     

Terima keputusan Kabinet lanjut lesen Lynas

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel