Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

225 kawasan berpotensi mempunyai toksik di Pahang

KUANTAN, 5 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri Pahang mengenal pasti 225 kawasan yang berpotensi mempunyai sisa toksik di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin. 

Beliau berkata Kuantan merupakan daerah paling banyak dikesan iaitu 69 lokasi diikuti Jerantut (67), Cameron Highlands (28), Temerloh (26), Bentong (7), Bera (6), Pekan (6), Raub (5),  Rompin (4), Lipis (4) dan Maran (3). 

Sehubungan itu, Mohd Sharkar berkata kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Pelupusan Bahan Buangan Berbahaya pada Mei lepas yang akan melaksanakan operasi dan memeriksa setiap kawasan yang dikenal pasti. 

"Jawatankuasa ini akan melaksanakan operasi bersepadu dan penguatkuasaan melibatkan semua jabatan dan agensi berkaitan, dari negeri atau Persekutuan, dengan diketuai Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak. 

"Kita perlu membuat pemeriksaan kerana dapatan itu daripada data bacaan satelit Agensi Remote Sensing Malaysia sensitif memerlukan pemeriksaan di lapangan untuk pengesahan," katanya pada sidang media di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini. 

Turut hadir ialah Sallehuddin, Ketua Pengarah Remote Sensing Azlikamil Napiah dan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang Rosli Zul. 

Sebagai contoh, Mohd Sharkar berkata dapatan di Cameron Highlands mungkin merujuk kepada sisa baja yang digunakan pekebun selain ada di antara bacaan itu apabila diperiksa melibatkan kawasan tanah lapang. 

"Kita mahu tindakan segera diambil untuk mengurangkan risiko berlaku insiden pencemaran toksik. Malah Pahang merupakan negeri pertama menubuhkan jawatankuasa ini dan maklum balas mengenai hal ini dijangka akan diperoleh dalam tempoh sebulan," katanya. 

Mohd Sharkar menambah jawatankuasa itu juga bertangggungjawab meneliti permohonan kilang baharu, mengkaji semula permohonan sedia ada, melakukan pemeriksaan mengejut dan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) sekiranya menerima aduan berkaitan pencemaran dalam kadar segera. 

Tindakan tegas juga akan diambil terhadap kilang yang mencemar alam sekitar seperti merampas semula tanah khususnya yang melibatkan kilang haram, katanya.

"Bagaimanapun kita berharap kerajaan Persekutuan boleh mengkaji semula berhubung isu kos dalam insiden pencemaran seperti siapa yang akan menanggung kos membersihkan sisa toksik kerana peruntukan lesen adalah di bawah kerajaan Persekutuan. 

"Kita berharap mereka boleh mewujudkan satu peruntukan khas untuk menampung jika berlaku insiden pencemaran seperti di Sungai Kim Kim, Johor kerana kos untuk mencuci sisa toksik adalah tinggi," katanya. 

-- BERNAMA

 

.....

[ berita penuh ]

 

Angkasa sasar jualan koperasi sekolah RM1 bilion pada 2025


KOTA BHARU, 5 Julai (Bernama) -- Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyasarkan jualan sebanyak RM1 bilion oleh lebih 2,400 koperasi sekolah di negara ini menjelang 2025.

 
 

Mekanik warga emas cedera parah ditetak dengan kelewang


BESUT, 4 Julai (Bernama) -- Seorang mekanik warga emas berusia 61 tahun cedera parah ditetak dengan kelewang oleh seorang lelaki di bengkel miliknya di Kampung Paya Rawa, di sini, hari ini.

 
 

Pelajar maut tragedi terjerlus bas, aktif sukan


PASIR PUTEH, 4 Julai (Bernama) -- Murid yang terkorban akibat terjerlus tangga bas, Wan Muhammed Adam Mohd Suria, 12, disifatkan pelajar aktif dalam bidang sukan dan pernah mewakili Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Machang ke peringkat negeri.

 
 

Murid maut selepas terjerlus lantai tangga bas di Pasir Puteh


PASIR PUTEH, 4 Julai (Bernama) -- Seorang murid darjah enam dari Sekolah Kebangsaan Tok Bok, Machang dilaporkan meninggal dunia serta merta apabila terjerlus jatuh dari lantai tangga bas yang dinaikinya di Kampung Kandis di sini, hari ini.

 
 

Tidak perlu inkues di Kuala Koh - Mohd Amar


KOTA BHARU, 4 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri menolak cadangan inkues kematian 15 Orang Asli suku Batek di perkampungan Orang Asli di Kuala Koh bagi mengetahui punca sebenar kematian berkenaan.

 
 

Empat lelaki mengaku salah rogol pelajar tingkatan 3


KUALA TERENGGANU, 4 Julai (Bernama) -- Empat lelaki  mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah kampung di Bandar Permaisuri di sini, bulan lalu.

 
 

Kelantan cadang pendaftaran pengundi dibuat secara automatik


KOTA BHARU, 4 Julai (Bernama) -- Kerajaan Negeri mencadangkan pendaftaran pengundi dibuat secara automatik, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

 
 

Sebahagian besar veteran tentera Kelantan/Terengganu sudah terima BHN


PASIR PUTEH, 4 Julai (Bernama) -- Sebahagian besar daripada 34,000  veteran tentera dalam kumpulan ketegori B40 di negeri Kelantan dan Terengganu sudah menerima sumbangan kerajaan di bawah program Bantuan Harapan Negara (BHN) sebagaimana  diumumkan oleh kerajaan sebelum Hari Raya Aidilfitri lepas.

 
 

Dipanah di persimpangan lampu isyarat


KUANTAN, 4 Julai (Bernama) -- Seorang pesara mendakwa keretanya dipanah sehingga menyebabkan pintu belakang kiri keretanya berlubang semasa berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Beserah di sini.

 
 

MFMP harap tajaan untuk sertai kejohanan antarabangsa


KOTA BHARU, 4 Julai (Bernama) -- Persekutuan Muay Thai Profesional Malaysia (MFMP) memohon bantuan dana daripada pihak swasta, korporat dan kerajaan untuk mendapatkan dana bagi membolehkan persatuan terbabit menghantar petinju mewakili negara ke kejohanan antarabangsa.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 -


 
 
     
   
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next

 
     

Produk plastik satu daripada industri paling rancak di Malaysia - Dr Ong

 
     

Gajah mati ditembak: tiga lagi didakwa

 
     

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel