Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Reman suspek dera Muhammad Hafiz disambung tujuh hari

KUANTAN, 27 Feb (Bernama) -- Tempoh reman terhadap bapa tiri dan ibu kandung kanak-kanak berusia lima tahun, Muhammad Hafiz Abdullah, yang dipercayai maut akibat didera, disambung selama tujuh hari sehingga 6 Mac ini. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata permohonan reman yang dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dibenarkan Majistret Rompin, Azizah Ahmad. 

Pada 21 Feb lepas, media melaporkan kematian Muhammad Hafiz, yang disahkan meninggal dunia semasa dibawa ke Klinik Kesihatan Padang Rumbia, Pekan dekat sini pada petang 20 Feb lepas, dipercayai akibat didera. 

Mangsa dipercayai didera bapa tirinya di rumah mereka di Kampung Padang Rumbia dan pemeriksaan mendapati mangsa mempunyai kesan lebam baharu di dada, kesan dicucuh rokok di tapak kaki, pecah bibir, lebam pada mata kanan selain luka baharu di kening kanan.  

Bedah siasat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, mengesahkan punca kematian anak sulung daripada dua beradik itu disebabkan kecederaan berganda di kepala dan limpa pecah. 

Sehubungan itu, polis menahan bapa tiri mangsa yang berusia 54 tahun dan ibu kandungnya, 25, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati, jika sabit kesalahan. 

-- BERNAMA 


 

.
.....

[ berita penuh ]

 

Bekas pengurus PPN Terengganu didakwa salah guna kuasa, pilih syarikat anak untuk projek


Bagi pertuduhan pertama, dia, yang juga Ahli Lembaga Pengarah Gapets Sdn Bhd, didakwa menggunakan jawatannya dengan memilih syarikat Arcana Jaya Enterprise, milik anaknya Muhammad Faris, bagi membuat pembekalan serta menghantar pejantan dan induk biri-biri.

 
 

Cuaca panas: Sekolah diarah kurangkan aktiviti luar, sedia air minuman mencukupi


Paling penting setiap penyertaan murid dan pelajar dalam kejohanan padang dan balapan mestilah mendapat kebenaran daripada ibu bapa dan penjaga mereka.

 
 

Hampir 40 hektar hutan di Kawasan Perindustrian Gebeng terbakar


Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pekerja beberapa kilang di sini, terdapat ramai yang memancing dan kami syaki kebakaran berpunca apabila ada antara mereka melakukan aktiviti melibatkan api semasa memancing.

 
 

Penduduk pulau di Tumpat mahu kerajaan sediakan pondok polis


TUMPAT, 26 Feb (Bernama) -- Lebih 2,400 penduduk di 13 pulau kecil di Tumpat termasuk Pulau Seratus mahu kerajaan mewujudkan sebuah  pondok polis bagi kemudahan mereka.

 
 

Set penjagaan kulit propolis kelulut UniSZA raih anugerah khas MTE 2019


Istimewanya produk ini tidak memudaratkan kulit pengguna, sesuai dipakai untuk semua jenis kulit dan mesra wuduk. Produk ini juga mendapat perlindungan harta intelek di bawah Hakcipta dan Cap Dagang.

 
 

Sarapan ala barat serendah RM1 di Jeti Kuala Besut


BESUT, 26 Feb (Bernama) -- Hanya dengan harga serendah RM1, sesiapa jua mampu menikmati sarapan 'ala barat' di Jeti Kuala Besut.

 
 

73 peratus penagih baharu di Kelantan dalam tempoh dua tahun


Berdasarkan rekod, daripada jumlah itu seramai 63 remaja bawah 18 tahun dikesan dan penagih termuda dicatatkan berusia 14 tahun.

 
 

APMM tahan dua bot nelayan asing di perairan Dungun


Enam awak-awak berumur 24 hingga 35 tahun telah ditahan dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman untuk siasatan lanjut.

 
 

Lima anggota bomba selamatkan kerbau jatuh dalam tangki najis


KUALA NERUS, 26 Feb (Bernama) -- Lima anggota bomba bukan sahaja terpaksa bekerja keras demi menyelamatkan seekor kerbau, tetapi juga terpaksa berdepan dengan bau najis.

 
 

Dadah bernilai lebih RM1 juta dirampas dalam dua kejadian di Kelantan


Siasatan lanjut mendapati suspek adalah Orang Sekatan (POCA) atas kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Rantau Panjang sejak 2016.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 -


 
 
     
   
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019

 
     

Rosmah pohon jaminan kos RM500,000 daripada syarikat barang kemas Lubnan

 
     

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel