Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penoreh getah mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak tiri perempuan

SEREMBAN, 10 Mei (Bernama) -- Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak tiri perempuannya berusia 16 tahun pada 27 April lepas. 

Tertuduh Mohamad Tawfeq Ibrahim, 27, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Junaidah Mohd Isa sebaik selepas pertuduhan dibacakan kepadanya. 

Mohamad Tawfeq dituduh melakukan amang seksual terhadap anak tiri perempuannya berumur 16 tahun dengan menyentuh bahu sebelah kanan mangsa dengan mengungkapkan kata-kata berunsur seksual kepadanya pada kira-kira pukul 10.35 malam 27 April lepas, di sebuah rumah di Air Putih, Johol, dalam daerah Jempol.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum sebat. 

Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak memohon mahkamah agar tidak membenarkan tertuduh diikat jamin, namun sekiranya mahkamah bersetuju untuk memberikan jaminan, beliau memohon agar dikenakan jaminan tinggi dengan syarat-syarat tambahan. 

Tertuduh dalam rayuannya pula memohon dikenakan jaminan rendah kerana isterinya sedang hamil dan dia tidak bekerja serta perlu menjaga seorang lagi anak tiri.....

[ berita penuh ]

 

500 unit mesin judi komputer bernilai RM500,000 dilupus


KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Kira-kira 500 unit mesin judi komputer dianggarkan bernilai lebih RM500,000 dilupuskan di kawasan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, hari ini.

 
 

MITI mahu wujud ekosistem inovasi untuk jayakan transformasi digital - Darell


#SayangiMalaysiaku #SetahunMalaysiaBaharu

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan ekosistem inovasi bagi membolehkan transformasi digital yang lancar untuk sektor perniagaan di Malaysia, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana.

 
 

Belum ada calon sesuai untuk jawatan pengarah MSN NS - MB


#SayangiMalaysiaku #SetahunMalaysiaBaharu

Kerajaan negeri belum mendapat calon yang sesuai untuk mengisi jawatan Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Negeri Sembilan selepas kontrak penyandang, Fouzee Abd Aziz tamat pada 30 Nov tahun lalu.

 
 

PKNS teruskan tradisi dua dekad, edar 12,000 bungkus bubur lambuk percuma


#SayangiMalaysiaku #SetahunMalaysiaBaharu

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) meneruskan tradisi dua dekadnya hari ini dengan mengedarkan 12,000 bungkus bubur lambuk popular Kampung Baru secara percuma kepada pengunjung Kompleks PKNS di sini.

 
 

Mercy Malaysia rai ulang tahun ke 20 tahun ini


#SayangiMalaysiaku #SetahunMalaysiaBaharu

Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) meraikan ulang tahun ke-20nya tahun ini, dengan menganjurkan pelbagai acara bagi meningkatkan minat dan semangat sukarelawan di kalangan masyarakat di semua peringkat umur.

 
 

Kjaan perlu berusaha kuat tunaikan janji manifesto, Gobind


#SayangiMalaysiaku #SetahunMalaysiaBaharu

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu berusaha lebih kuat lagi untuk menunaikan segala janji manifesto yang terkandung dalam Pilihan Raya Umum ke-14 selain memastikan taraf hidup rakyat ditingkatkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

 
 

Najib minta KWAP percepatkan pinjaman RM2 bilion kepada SRC


#SayangiMalaysiaku #SetahunMalaysiaBaharu

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) mempercepatkan proses kelulusan pinjaman sebanyak RM2 bilion kepada SRC International Sdn Bhd,

 
 

Pengamal perhubungan raya terkemuka Kamaralzaman Tambu meninggal dunia


#SayangiMalaysiaku #SetahunMalaysiaBaharu

Pengamal perhubungan raya (PR) terkemuka Kamaralzaman Tambu, 68, meninggal dunia pagi ini di rumahnya di Seri Ampang Hilir Residences, di sini. 

 
 

Baucar bayaran RM2 bilion diluluskan kepada SRC - Saksi


#SayangiMalaysiaku #SetahunMalaysiaBaharu

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bekas naib presiden Jabatan Perkhidmatan Sokongan Pelaburan (ISSD),  Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau telah meluluskan baucar bayaran kepada SRC International Sdn Bhd berjumlah RM2 bilion pada 2012, yang merupakan pembiayaan tambahan daripada KWAP.

 
 

Terjun van polis, pengedar dadah maut 


KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Seorang pengedar dadah maut akibat terjatuh selepas melompat keluar daripada sebuah van polis yang sedang bergerak di hadapan sebuah kondominium di Cheras di sini, semalam.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 - 130 - 131 - 132 - 133 - 134 - 135 - 136 - 137 - 138 - 139 - 140 - 141 - 142 - 143 -


 
 
     
   
 

UniSZA muncul universiti rujukan manuskrip digital pertama di Malaysia

 
     

Masalah kemiskinan di Kelantan masih serius

 
     

Sarawak alu-alukan siasatan SPRM - Abdul Karim

 
     

Tambak laut: Anwar akan bertemu Ketua Menteri untuk bincang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel