Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiada lagi sesi pendengaran awam untuk projek pelan pembangunan KL

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Sebarang projek yang diluluskan di bawah Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 dan 2040 tidak lagi akan mengguna pakai Kaedah 5 Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982, yang membolehkan penyertaan awam dalam perancangan dan kawalan pembangunan oleh kerajaan. 

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata berikutan itu, tiada lagi sesi pendengaran awam oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pemaju yang akan membentangkan Laporan Kajian Penilaian Impak Sosial (SIA) dan Penilaian Impak Trafik (TIA) kepada penduduk selepas sesuatu projek pembangunan diluluskan.

“Kaedah 5 adalah mekanisme bila tiada pelan yang digazetkan kerana pada masa itu pembangunan dilakukan tidak ikut apa-apa garis panduan...sebab itu ada Kaedah 5. Masa itu cadangan pembangunan boleh dipersoalkan tapi bila pelan dah diwartakan sekarang tidak perlu lagi nak pendengaran awam. 

“Melainkan jika sesuatu projek itu bercanggah dengan Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2020 dan 2040, contohnya plot ratio yang ditetapkan hendak dilebihi oleh pemaju barulah pendengaran awam itu perlu dibuat untuk menjelaskan kepada penduduk sebab percanggahan dan pelanggaran itu dengan menyertakan bukti-buktinya,” katanya. 

Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Menteri Wilayah Persekutuan bersama 11 Anggota Parlimen Kuala Lumpur di sini, hari ini. 

Katanya sebarang projek pembangunan di sekitar ibu kota pada masa akan datang perlu menyediakan TIA dan SIA terlebih dahulu sebelum diluluskan oleh Datuk Bandar berdasarkan Pelan Pembangunan Kuala Lumpur. 

“Banyak pendengaran awam yang terpaksa kami kendalikan sekarang kerana diluluskan sebelum pelan pembangunan (Kuala Lumpur) digazetkan dan TIA serta SIA hanya disediakan selepas projek diluluskan, itupun atas pandangan penduduk,” katanya. 

Sementara itu, Khalid berkata Julai ini, DBKL akan melantik perunding bagi merangka Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 yang dijangka digazetkan pada tahun hadapan. 

-- BERNAMA


 

.....

[ berita penuh ]

 

Tawar khidmat pemutihan warga asing : Pengarah, pegawai pemasaran ditahan


KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Jabatan Imigresen menahan dua pengarah serta seorang pegawai pemasaran sebuah syarikat agensi pekerjaan di Seri Kembangan dekat sini, kerana disyaki menawarkan khidmat pendaftaran program pemutihan warga asing yang tidak lagi wujud.

 
 

Finas bakal perkenal modul baharu skim wajib tayang


KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) akan memperkenalkan modul Skim Wajib Tayang yang baharu, selain menentukan satu garis panduan untuk industri filem tanah air.

 
 

Tindakan segera tangani aduan kenaikan harga barang


KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Tindakan segera akan diambil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi menangani aduan kenaikan harga barang basah menjelang sambutan Aidilfitri termasuk aktiviti menyorok bekalan barangan keperluan asas.

 
 

Fahmi guna peruntukan RM200,000 Anggota Parlimen Lembah Pantai baik pulih balai polis, kuarters


KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) — Anggota Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil memperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi membaik pulih balai polis dan kuarters Bukit Aman yang berada di bawah kawasan parlimennya.

 
 

Bank Islam rai petugas Bernama berbuka puasa


KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kira-kira 300 petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dijamu pelbagai juadah berbuka puasa tajaan Bank Islam Malaysia Berhad di Wisma Bernama, di sini hari ini.

 
 

M&G kurangkan kerugian bersih kepada RM11 juta dalam suku berakhir 31Mac


KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Kerugian bersih dicatatkan Marine & General Bhd (M&G) berkurangan kepada RM11.11 juta dalam suku berakhir 31 Mac, 2019 daripada RM18.65 juta bagi tempoh sama pada 2018.

 
 

Agong berbuka puasa bersama agensi-agensi agama dan asnaf MAIWP


KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama agensi-agensi agama dan asnaf Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini.

 
 

Majikan disaran wujud formula supaya pekerja yang diberi kemahiran, kekal setia - Kula


PUTRAJAYA, 27 Mei (Bernama) -- Majikan disaran wujudkan formula perjanjian dengan pekerja supaya mereka tidak bertindak 'lari’ mencari majikan baru selepas mendapat latihan kemahiran, kata Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran.

 
 

Maybank IB kekalkan saranan 'pegang' ke atas Sime Darby Plantation


KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd mengekalkan saranan ‘pegang’ ke atas Sime Darby Plantation (SDP) memandangkan ia tidak menjangkakan kesemua tanah syarikat perladangan itu akan terjual.

 
 

Keuntungan bersih OSK meningkat kepada RM91.36 juta bagi suku pertama


KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih OSK Holdings Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Dis, 2019, meningkat kepada RM91.36 juta daripada RM75.02 juta dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 - 130 - 131 - 132 - 133 - 134 - 135 - 136 - 137 - 138 - 139 - 140 - 141 - 142 - 143 - 144 - 145 - 146 - 147 - 148 - 149 - 150 - 151 - 152 - 153 - 154 - 155 - 156 - 157 - 158 - 159 - 160 - 161 - 162 - 163 - 164 - 165 - 166 - 167 - 168 - 169 - 170 - 171 - 172 - 173 - 174 - 175 - 176 -


 
 
     
   
 

Pasukan bola sepak Sabah, peserta Unduk Ngadau sertai perarakan Hari Kebangsaan

 
     

Berdepan pertuduhan rogol: Exco Perak dinasihat cuti daripada tugas rasmi

 
     

Senarai penuh Kabinet Sarawak

 
     

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel