Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MATRADE pergiat promosi di pasaran baharu

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan merancakkan promosi produk di pasaran baharu dan pada masa sama memperluaskannya ke pasaran tradisional dan sedia ada.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Wan Latiff Wan Musa berkata MATRADE juga berhasrat mempelbagaikan produk eksport tradisional negara termasuk komponen elektrik dan elektronik dan peranti penjagaan kesihatan dan perubatan.....

[ berita penuh ]

 

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara


PUTRAJAYA, 17 Mei (Bernama) -- Peguam Negara, Tommy Thomas, berkata para hakim mesti sentiasa berusaha untuk membuat keputusan yang tepat tanpa gentar atau memihak, dan tanpa mengambil kira kepribadian pihak-pihak berkaitan atau tertuduh yang dihadapkan di hadapan mereka.

 
 

Enam amaran dikeluarkan kepada peniaga Bazar Ramadan setakat ini


TAMPIN, 17 Mei (Bernama) -- Enam amaran dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan kepada peniaga bazar Ramadan di negeri ini setakat hari ini kerana tidak mematuhi peraturan ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan.

 
 

Sinar baharu buat skuad wushu negara


KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Skuad wushu negara akan mendapat sentuhan bekas juara dunia Mao Ya Qi bagi memantapkan persiapan ke Kejohanan Dunia dan Sukan SEA di Filipina, tahun ini.

 
 

Kemudahan tandas baharu untuk pelajar SJKC Kepong 3


KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Tandas yang telah diperbaiki dan bersih membawa senyuman kepada 1,546 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kepong 3 di sini, kerana kini mereka boleh menikmati kemudahan yang lebih baik.

 
 

4 lelaki lepaskan tembakan dikuil ditahan


SHAH ALAM, 17 Mei (Bernama) -- Polis semalam menahan empat lelaki termasuk pemilik senjata api yang melepaskan tembakan ke udara semasa satu upacara di sebuah kuil di Parit 4, Sungai Burong, Tanjong Karang, dekat sini, Ahad lalu.

 
 

Lelaki maut motosikal rempuh lori


KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 23.5 Lebuhraya MEX (Maju Expressway) di sini hari ini.

 
 

LZS serah enam van jenazah kepada lima hospital terpilih di Selangor


KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan enam van jenazah kepada lima hospital terpilih di Selangor melibatkan peruntukan RM928,560.

 
 

Denda RM1.56 juta tertinggi dalam sejarah jenayah hidupan liar negara


PUTRAJAYA, 17 Mei (Bernama) -- Keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu yang mendenda dua pemburu haram warga Vietnam RM1.56 juta setiap seorang, adalah jumlah tertinggi pernah dikenakan untuk jenayah hidupan liar dalam sejarah negara, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar.

 
 

Projek LRAL2 mula bekal air Ogos ini


KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Projek Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2) akan mula membekalkan sejumlah 325 juta liter air terawat kepada penduduk Lembah Klang pada Ogos ini.

 
 

RMHC, PPZ-MAIWP bawa keceriaan kepada 500 anak yatim dan asnaf


KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) membawa keceriaan dan senyuman kepada 500 anak-anak yatim dan asnaf di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui majlis Iftar serta sumbangan Aidilfitri, di sini, hari ini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 -


 
 
     
   
 

Sultan Nazrin perkenan pengerusi jawatankuasa masjid, surau digantung tugas

 
     

Setahun Berbasikal: Tiga anak Malaysia tiba di tanah air

 
     

Penduduk luar bandar mahu keupayaan komunikasi ditingkatkan

 
     

Kapal Jepun JMSDF berlabuh di Pelabuhan Klang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel