Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Isu beban kerja guru akan diselesai berperingkat - NUTP

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Isu bebanan tugas yang menghimpit golongan guru di negara ini akan diselesaikan secara berperingkat, demikian menurut Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP). 

Presidennya Aminuddin Awang berkata pihak kesatuan telah mengadakan beberapa sesi libat urus dengan Kementerian Pendidikan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik kepada isu berkenaan. 

 “Dalam isu ini pihak kementerian telah menggariskan beberapa inisiatif melibatkan tiga fasa, iaitu yang boleh diselesaikan dalam jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang...jadi harap guru-guru dapat bersabar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu jemputan rancangan Ruang Bicara yang disiarkan oleh Bernama News Channel yang bertajuk: Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi, malam ini.....

[ berita penuh ]

 

Saya berpendirian terbuka dalam siasatan isu 'Land Swap' MINDEF - Hishammudin


KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menyatakan bahawa beliau mengambil pendirian terbuka dalam siasatan berhubung skandal ‘Land Swap’ membabitkan tanah-tanah milik Kementerian Pertahanan (MINDEF)

 
 

Cadangan tubuh MMC bukan untuk sekat media - Eddin


KUALA PILAH, 16 Mei (Bernama) -- Cadangan menubuhkan Majlis Media Malaysia (MMC) bukan bertujuan untuk menyekat kebebasan media di negara ini.

 
 

Polis minta keluarga kanak-kanak perempuan berjalan seorang diri tampil untuk siasatan


SHAH ALAM, 16 Mei (Bernama) -- Polis meminta keluarga seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui berjalan seorang diri di Puncak Alam Fasa 2 dekat sini, petang semalam, supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh bagi memberi keterangan berhubung kes itu.

 
 

Gangguan teknikal Hospital Selayang: 40 peratus pembedahan elektif terpaksa dijadual semula


KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Sebanyak 40 peratus pembedahan elektif terpaksa dibuat penjadualan semula ekoran gangguan teknikal di dalam mengakses kepada data pesakit sedia ada di Hospital Selayang yang telah berlarutan sejak dua minggu lalu.

 
 

Siti Kharina mesra dan pemurah


CYBERJAYA, 16 Mei (Bernama) -- Penghuni di kawasan kondominium di sini yang Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, ditemui mati menyifatkan beliau seorang yang peramah dan pemurah.

 
 

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong berbuka puasa bersama rakyat Melaka


MELAKA, 16 Mei (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat negeri ini di Dataran Pusat Islam, Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini hari ini.

 
 

Sultan Selangor berkenan berbuka puasa bersama warga UiTM


SHAH ALAM, 16 Mei (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan berbuka puasa bersama warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan menyampaikan bantuan zakat kepada 39 pelajar asnaf.

 
 

Jenazah Siti Kharina selamat dikebumikan selepas Isyak


KUALA PILAH, 16 Mei (Bernama) -- Jenazah Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Tengah, Seri Menanti dekat sini, pada 9 malam ini.

 
 

Bantu mereka yang lemah, jangan jadi netizen tak bertanggungjawab-Lee Lam Thye


KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Kejadian seorang remaja dikatakan membunuh diri selepas hasil undian dalam talian yang dilakukannya lebih banyak menyuruhnya membunuh diri, boleh diumpamakan seperti kerumunan orang ramai berteriak menyuruh "lompat" apabila ternampak seseorang yang berniat hendak membunuh diri berdiri di hujung atap atau balkoni bangunan tinggi, kata Penaung Persatuan Psikiatrik Malaysia (MPA) Tan Sri Lee Lam Thye.

 
 

Dua lelaki disyaki aktif edar rokok seludup ditahan


KUAL LUMPUR,16 Mei (Bernama) -- Polis merampas 1,734 karton rokok seludup bernilai RM275,192 dirampas dan menahan dua lelaki dalam serbuan di Jinjang di sini, Selasa. 

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 -


 
 
     
   
 

Sultan Nazrin perkenan pengerusi jawatankuasa masjid, surau digantung tugas

 
     

Setahun Berbasikal: Tiga anak Malaysia tiba di tanah air

 
     

Penduduk luar bandar mahu keupayaan komunikasi ditingkatkan

 
     

Kapal Jepun JMSDF berlabuh di Pelabuhan Klang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel