Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Beli juadah tanpa tunai di Bazar Ramadan "kashless" Kampung Baru

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Pengunjung ke bazar Ramadan di Kampung Baru sekarang boleh membeli pelbagai juadah untuk berbuka puasa secara “Kashless” atau tanpa tunai menggunakan e-Wallet Touch n Go dengan hanya perlu mengimbas kod QR apabila membuat pembelian.      

Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Syahrunizam Samsudin berkata bazar Ramadan “Kashless” merupakan salah satu inisaitif syarikat untuk mempronmosikan pembayaran e-wallet.

Malah orang ramai yang ingin menghulur sumbangan di Masjid Jamek Kampung Barujuga boleh menggunakan e-Wallet Touch’n Go. 

“Kami mahu mendekati komuniti denghan menjadikan teknologi lebih inklusif melalui cara yang memberi manfaat kepada pengguna dan peniaga,” kata beliau selepas melancarkan Halaman Sempoi di Bangunan Warisan Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini. 

Syahrunizam berkata pengunjung juga berpeluang menikmati ganjaran termasuk wang tunai RM1,000,000 melalui “Ketupat Runtuh' atau pembelian barangan eksklusif melalui Hadiah Extra Sempoi dan banyak lagi apabila membuat pembelian tanpa tunai. 

Pada majlis yang sama, syarikat itu memulakan program untuk memastikan makanan berlebihan di bazar dikumpulkan dan dibungkus oleh sukarelawan sebelum mengedarkannya kepada golongan gelandangan dan golongan miskin bandar.....

[ berita penuh ]

 

BOLT  jalin usaha sama dengan Payfo untuk perluas pasaran


BOLT yang beribu pejabat di Singapura, platform kandungan video fokus kepada telefon bimbit, telah menandatangani perjanjian kerjasama dalam pemasaran dan pengedaran bersama dengan syarikat teknologi kewangan Malaysia, Payfo, bagi membolehkan kedua-dua pihak memperluas perkhidmatan mereka ke pangkalan data/pengguna masing-masing.

 
 

Yang Dipertuan Agong, Raja Permaisuri Agong berkenan berbuka puasa bersama warga UiTM


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama pelajar dan warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, di kampus UiTM Shah Alam di sini hari ini.

 
 

Panggilan bagi temuduga jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (lelaki)


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan eksesais temuduga bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki) buat calon-calon yang telah melepasi ujian integriti pada siri yang lepas.

 
 

Advance Synergy lupus tanah untuk buka nilai


Subsidiari milik penuh tidak langsung Advance Synergy Bhd (ASB), AESBI Power Systems Sdn Bhd, sedang melupuskan tanah bersama dengan bangunan bernilai secara keseluruhan sebanyak RM124 juta di Pekan Baru Hicom, Selangor kepada Symphony Warehouse Sdn Bhd.

 
 

Permohonan Rosmah tolak isytihar harta diputuskan 24 Mei


Permohonan isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan notis pihak pendakwaan terhadapnya mewajibkan pengisytiharan perolehan harta dalam kes pengubahan wang haram akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini pada 24 Mei ini.

 
 

Kerajaan PH perlu masa tunaikan janji manifesto


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpinnya memerlukan lebih masa untuk menunaikan segala janji-janji manifestonya.

 
 

Sunway Pyramid tampil tema Bunga-Bunga Raya di musim perayaan ini


Pusat membeli belah Sunway Pyramid meraikan sambutan musim perayaan kali ini dengan mengetengahkan tema ‘Bunga-Bunga Raya’ bermula hari ini sehingga 9 Jun.

 
 

Bekalan air pulih 87% di wilayah Klang


Pemulihan bekalan air di wilayah Klang menunjukkan peningkatan positif dengan peratusan bekalan air berada di tahap 87 peratus setakat 9 malam ini, kata Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

 
 

PDRM akur keputusan kerajaan berhubung peraturan baharu cermin gelap


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akur akan keputusan kerajaan berhubung peraturan baharu membenarkan cermin gelap bagi bahagian sisi penumpang dan belakang.

 
 

Elak perpecahan dengan ikut ajaran Islam sebenar - Dr Mahathir


Perpecahan dalam masyarakat boleh dielak jika ajaran agama difahami dan diamalkan dalam erti kata sebenar, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 -


 
 
     
   
 

Sultan Nazrin perkenan pengerusi jawatankuasa masjid, surau digantung tugas

 
     

Setahun Berbasikal: Tiga anak Malaysia tiba di tanah air

 
     

Penduduk luar bandar mahu keupayaan komunikasi ditingkatkan

 
     

Kapal Jepun JMSDF berlabuh di Pelabuhan Klang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel