Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wajah baharu Taman Tasik Titiwangsa saji aktiviti lebih segar

KUALA LUMPUR, 14 Dis -- Warga kota kini berpeluang merasai pengalaman beriadah dalam suasana seolah-olah berada di hutan rimba menerusi kemudahan baharu Kanopi Banjaran Titiwangsa di Taman Tasik Titiwangsa di sini yang bakal dibuka semula kepada umum esok. 

Penolong Pengarah (Landskap) Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Mohd Anuar Ahmad berkata kanopi sekitar 60 meter itu turut dilengkapi air terjun buatan bagi melengkapkan lagi elemen alam semula jadi dalam taman tasik yang terletak di tengah-tengah ibu kota itu. 

"Dengan mewujudkan suasana yang lebih hijau seperti ini kami harapkan orang ramai dapat beriadah dengan lebih tenang, damai dan selesa walaupun berada di bandar yang sibuk," katanya kepada Bernama. 

Mohd Anuar berkata selain kanopi, antara kemudahan baharu yang dijangka mendapat perhatian ialah taman permainan air kanak-kanak dengan paras air sekitar 300 milimeter untuk aktiviti mandi-manda. 

"Kami bina kolam mandi ini dengan paras sekitar atas buku lali sahaja bagi membolehkan kanak-kanak di bawah umur tiga tahun boleh menggunakannya di bawah pengawasan ibu bapa," katanya. 

Lebih membanggakan, taman tasik yang dirasmikan pada 1 Feb 1980 itu dilengkapi kemudahan bertaraf antarabangsa 'High Fountain Jet' dengan keupayaan pancutan air setinggi 100 meter, bersamaan setinggi bangunan 30 tingkat. 

Menjelas lanjut, katanya kawasan itu juga kini dilengkapi 'maze garden' menggunakan pokok kemuning yang dinamakan Laman Kerawang bagi menambah seri landskap taman tasik berusia hampir 40 tahun itu. 

Mohd Anuar berkata antara penambahbaikan kemudahan sedia ada ialah trek joging sejauh 4.5 kilometer (km) dan trek berbasikal (2.5 km) yang dibina secara berasingan untuk faktor keselamatan. 

Beliau berkata penambahbaikan taman itu juga direka agar bersifat inklusif dan boleh digunakan semua lapisan masyarakat termasuk golongan orang kurang upaya (OKU). 

Taman Tasik Titiwangsa ditutup pada 1 Sept tahun lepas bagi memberi laluan terhadap kerja-kerja penambahbaikan dan pengindahan kawasan itu membabitkan keluasan 20.23 hektar. 

Sementara itu, orang ramai juga melahirkan keterujaan apabila mengetahui taman itu akan dibuka semula dan berdasarkan tinjauan Bernama, taman tasik itu masih dipenuhi pengunjung yang beriadah menggunakan kawasan yang tidak ditutup. 

Suri rumah Sazila Ismail, 35, yang berkunjung bersama tiga anaknya, berkata beliau dan keluarga tidak sabar menggunakan kemudahan baharu taman itu yang dilihat menerusi laman YouTube. 

"Sebelum tutup dulu pun kami sekeluarga datang setiap minggu, bila dah tutup memang tak tahu nak pergi mana. Jadi bila anak-anak tengok video taman permainan baharu lagilah mereka teruja nak datang, " katanya. 

Pesara polis Yang An Leng, 74, pula berkongsi keterujaan dua cucunya yang mahu mencuba taman permainan air. 

"Hari ini pun mereka ajak saya pergi untuk mandi-manda di situ tapi saya terangkan belum buka lagi dan perlu tunggu Ahad," katanya.

-- BERNAMA

.....

[ berita penuh ]

 

Penutupan Lebuhraya Sungai Besi km11.0-km11.3 dilanjut hingga 12 Jan 2020


KUALA LUMPUR, 13 Dis  -- Penutupan penuh secara berkala di Lebuhraya Sungai Besi dari KM11.0 hingga KM11.3 (arah Sungai Besi) akan dilanjutkan dari 16 Dis ini sehingga 12 Jan 2020.

 
 

Cubaan rempuh polis, lelaki cedera ditembak di lenganĀ 


KUALA LUMPUR, 13 Dis -- Seorang lelaki tempatan terkena satu das tembakan apabila cuba melarikan diri daripada ditahan polis selepas berada dalam keadaan mencurigakan di sebuah kawasan tempat letak kereta Kem Batu Kantonmen Jalan Ipoh, Jinjang di sini, semalam.

 
 

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50


SHAH ALAM, 12 Dis  -- Yuran Kelab Rekreasi Denai Alam (DARC) yang kini dikenali sebagai Kelab Berkuda dan Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam diturunkan kepada hanya RM50 setahun untuk satu keluarga berbanding RM290 sebelum ini.

 
 

Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan tempat perkahwinan terkemuka di dunia


SEREMBAN, 12 Dis -- Lexis Hibiscus Port Dickson dinamakan sebagai ‘Tempat Perkahwinan Terkemuka di Dunia’ pada peringkat akhir Anugerah Pelancongan Dunia (WTA) di Muscat, Oman baru-baru ini.

 
 

JAS Negeri Sembilan sita kilang disyaki lepaskan enap cemar minyak hitam terpakai


SEREMBAN, 12 Dis  -- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan menyita sebuah kilang haram di Jalan Mambau-Rantau dekat sini, yang disyaki menjalankan kegiatan pelepasan enap cemar daripada minyak hitam terpakai dan mengitar semula minyak enjin terpakai secara haram.

 
 

TM ONE guna kes penggunaan diupayakan oleh 5G di Subang Jaya


SUBANG JAYA, 12 Dis  -- Telekom Malaysia Bhd (TM), melalui cabang penyelesaian perniagaan sektor awam dan perusahaannya TM ONE, bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) untuk penggunaan tiga kes penggunaan yang diupayakan oleh 5G sebagai sebahagian daripada Projek Demonstrasi 5G (5GDP).

 
 

PKS disasar mampu sumbang 40 peratus kepada KDNK negara tahun depan - Amiruddin


SHAH ALAM, 12 Dis -- Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) disasar mampu menyumbang 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.

 
 

Dua lelaki didenda pindah lembu tanpa permit sah


JEMPOL, 12 Dis -- Gara-gara memindahkan lembu menggunakan lori tanpa permit yang sah, dua lelaki masing-masing didenda RM5,000 dan RM3,500 oleh Mahkamah Majisret Bahau dekat sini, hari ini.

 
 

Pensyarah Akademi Pengajian Bahasa UiTM Seremban rangkul Anugerah Inovasi 2019


SEREMBAN, 11 Dis  -- Seorang pensyarah Akademi Pengajian Bahasa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Seremban merangkul Anugerah Inovasi dan Pengkomersilan Produk 2019 sempena Majlis Kemuncak Bulan Inovasi UiTM Cawangan Negeri Sembilan 2019.

 
 

Kerajaan Negeri Sembilan mampu kutip hasil negeri RM490 juta sehingga akhir tahun ini


SEREMBAN, 11 Dis  -- Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun yakin Kerajaan Negeri mampu mengutip hasil negeri berjumlah RM490 juta sehingga akhir tahun ini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 - 130 - 131 - 132 - 133 - 134 - 135 - 136 - 137 - 138 - 139 - 140 - 141 - 142 - 143 - 144 - 145 - 146 - 147 - 148 - 149 - 150 - 151 - 152 - 153 - 154 - 155 - 156 - 157 - 158 - 159 - 160 - 161 - 162 - 163 - 164 - 165 - 166 - 167 - 168 - 169 - 170 - 171 - 172 - 173 - 174 - 175 - 176 - 177 - 178 - 179 - 180 - 181 - 182 - 183 - 184 - 185 - 186 - 187 - 188 - 189 - 190 - 191 - 192 - 193 - 194 -


 
 
     
   
 

Penerbit filem cabar Syed Saddiq

 
     

ESSCom: 40 cubaan culik digagalkan

 
     

Penggiat industri pelancongan Johor telah diberi taklimat berhubung koronavirus - Exco

 
     

Pengusaha cendawan turut terjejas akibat cuaca panas

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel