Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Modul khusus untuk sukarelawan hospital - TPM

SERDANG, 24 Mac (Bernama) -- Akademi Hospital Ibadah di Hospital Pakar Al-Islam akan menyediakan modul yang khusus untuk sukarelawan hospital bagi memastikan mereka berilmu, mematuhi panduan ziarah pesakit, peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) hospital untuk mengelakkan timbul masalah kepada pesakit dan hospital. 

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, modul dan latihan sukarelawan berkenaan akan diperkenalkan kepada sukarelawan hospital di hospital kerajaan dan swasta. 

"Sukarelawan yang menjalani latihan yang dianjurkan oleh Akademi Hospital Ibadah melayakkan mereka menjadi seorang sukarelawan yang diiktiraf," katanya ketika berucap merasmikan Seminar Sukarelawan Hospital Kebangsaan di Fakulti Perubatan dan Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini. 

Jelas Timbalan Perdana Menteri, melalui latihan yang diberi berdasarkan modul yang telah tersedia, perkhidmatan yang disumbangkan oleh sukarelawan akan lebih bersistematik. 

Ini dapat menarik minat masyarakat awam untuk turut sama menyumbang tenaga sebagai sukarelawan dan objektif pelaksanaan '1 Keluarga 1 Sukarelawan' berjaya dicapai," katanya lagi. 

Jelas Dr Wan Azizah, peranan sukarelawan hospital masih baharu di Malaysia namun di negara barat ia merupakan satu program yang berkesan dalam membantu perjalanan hospital selain memberikan impak positif kepada pesakit dan masyarakat. 

Timbalan Perdana Menteri turut menyeru pengarah hospital dan seluruh warga kerja hospital agar memberikan kerjasama sepenuhnya kepada sukarelawan. 

Jelasnya, selain hospital satu lagi tempat yang memerlukan sukarelawan ialah rumah jagaan orang tua. Hasil lawatannya ke sebuah rumah jagaan orang tua di Ipoh semalam mendapati hanya seorang tukang masak yang bertugas menyediakan makanan.

"Sukarelawan boleh membantu tukang masak menyediakan makanan seperti memotong dan membersihkan bahan mentah  untuk dimasak," katanya lagi. 

-- BERNAMA


 

.....

[ berita penuh ]

 

SLIM Selangor galak penjawat awam bersukan


SHAH ALAM, 24 Mac (Bernama) -- Bermula bulan depan, penjawat awam di Selangor dikehendaki menyertai kegiatan berkaitan sukan menerusi program 'SLIM Selangor'.

 
 

Agama, bangsa bukan alat sebar konflik, perpecahan


TAWAU, 24 Mac (Bernama) -- Agama dan bangsa tidak patut dijadikan alat untuk menyebar konflik atau perpecahan, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

 
 

Fit Malaysia peringkat Selangor rekod 10,000 penyertaan


SHAH ALAM, 24 Mac (Bernama) -- Lebih 10,000 peserta menyertai program Fit Malaysia 2019, peringkat negeri Selangor, di Dataran Kemerdekaan, di sini.

 
 

Permit Perhimpunan Solidariti Kedamaian telah diperolehi


SEPANG, 21 Mac (Bernama) -- Permit Perhimpunan Solidariti Kedamaian pada Sabtu ini, yang bertujuan membawa mesej kepada dunia bahawa rakyat Malaysia mahukan keamanan dan menolak sebarang keganasan, sudah diperolehi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

 
 

Kumpulan Hotel Lexis menang Anugerah Antarabangsa berprestij


SEREMBAN, 21 Mac  (Bernama) -- Kumpulan Hotel Lexis, salah satu jenama hospitaliti utama Malaysia, memenangi anugerah pada majlis  Anugerah Kecemerlangan Antarabangsa yang diadakan di Hotel Sunway Resort Petaling Jaya baru-baru ini.

 
 

Bata Malaysia agih sumbangan, bantu anak yatim dan asnaf


PETALING JAYA, 21 Mac (Bernama) -- Bata Malaysia hari ini mengagihkan sumbangan bernilai lebih RM6,000 bagi membantu 30 anak yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad, di sini.

 
 

Mujahid bawa sumbangan rakyat Malaysia untuk masjid dan mangsa tembakan


SEPANG, 21 Mac (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa akan menyampaikan sumbangan rakyat Malaysia berjumlah RM174,000 kepada mangsa tragedi tembakan dan  kedua-dua masjid di New Zealand yang menjadi lokasi kejadian tembakan minggu lepas.

 
 

Pihak swasta dijemput kemuka cadangan jayakan program Smart Selangor - MB


SHAH ALAM, 21 Mac (Bernama) -- Kerajaan Negeri Selangor melalui anak syarikat milik penuhnya, Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) menjemput pihak swasta untuk mengemukakan cadangan bagi menjayakan program Smart Selangor.

 
 

MPKK perlu jalin hubungan baik dengan semua jabatan dan agensi kerajaan


SEREMBAN, 21 Mac (Bernama) -- Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu menjalinkan hubungan baik dengan semua jabatan dan agensi kerajaan serta masyarakat agar segala program yang dirancang dapat berjalan dengan baik dan lancar.

 
 

15 penyewa PPR dikenakan tindakan kerana langgar peraturan


SHAH ALAM, 21 Mac (Bernama) -- Seramai 15 penyewa unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah seliaan kerajaan negeri telah dikenakan tindakan pengusiran kerana melakukan pelbagai kesalahan antaranya tidak membayar sewa dan menyewakan kepada individu lain.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 -


 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel