Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MAPIM sembelih 150 ekor kambing untuk pelarian Syria

Oleh Muhammad Basir Roslan

LEMBAH BEQAA (Lubnan), 6 April (Bernama) -- Sumbangan rakyat Malaysia untuk tabung Misi Kemanusiaan Syria ke-10, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) membolehkan 150 ekor kambing dibeli buat pelarian Syria sekitar Lubnan.

Setiausaha Agung MAPIM, Mejar Zulhanis Zainol berkata rezeki yang dikongsi bersama rakyat Malaysia itu dapat memanfaatkan hampir 3,000 pelarian Syria di kem-kem pelarian, di sini. 

"MAPIM merasa kagum dengan tindakan proaktif rakyat Malaysia kerana dalam masa hanya seminggu kita berjaya mengumpul wang yang mencukupi untuk membeli 150 ekor kambing untuk  disembelih dan  diagihkan kepada hampir 3,000 pelarian Syria di kem-kem pelarian sekitar Lubnan,” katanya kepada BERNAMA selepas selesai program MAPIM Global Qurban & Akikah di kem pelarian Beyrouti, pada Jumaat.....

[ berita penuh ]

 

Tutup laluan : Jalan TAR tetap jadi tumpuan pengunjung


KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) -- Penutupan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) yang dilaksanakan secara percubaan bermula hari ini, tidak menjejaskan bilangan pengunjung di kawasan tersebut yang sering menjadi tumpuan warga kota untuk membeli-belah.

 
 

Warga emas Rantau mahu kemudahan awam ditambah baik


Oleh Razali Pilus

SEREMBAN, 6 April (Bernama) -- Amnya, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ini mempunyai kemudahan awam yang boleh dikatakan lengkap namun menurut warga emas di kawasan itu kemudahan terbabit perlu dibaiki dan ditambah baik.

 
 

Pengundi Cina mahu limpahan ekonomi sampai ke Rantau


Oleh Hasnah Jusid

SEREMBAN, 6 April (Bernama) -- Lelaki warga emas berbangsa Cina itu sedang khusyuk menikmati mi kari sambil menanti kedatangan pelanggan ke kedai runcitnya di Pekan Rantau di sini yang sudah dijalankannya sejak 35 tahun lepas.

 
 

Festival Ramadan 2019 sasar 20 unit lot tapak sewaan perniagaan


SHAH ALAM, 5 April (Bernama) -- Festival Ramadan yang bakal berlangsung selama hampir sebulan di Dataran Barat di sini mulai 6 Mei ini, menyasarkan keseluruhan 20 unit lot tawaran tapak sewaan perniagaan kepada orang ramai yang berminat.

 
 

Penduduk Kg Baru Jinjang Selatan gempar dengan pusaran angin 'pelik'


KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Penduduk Kampung Baru Jinjang Selatan, di sini berdepan detik cemas semalam apabila pusaran angin 'pelik' menerbangkan bumbung tiga buah rumah dalam kejadian pada kira-kira 3 petang. 

 
 

DBKL tambah 119 petak bazar ramadan Jalan Raja 


KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan 119 lagi petak niaga bazar Ramadan di Jalan Raja di ibu negara sebagai tambahan kepada 225 petak yang diperuntukkan sebelum ini. 

 
 

Kejadian pokok tumbang di Selangor semakin meningkat


KUALA LUMPUR, April 3 (Bernama) -- Kejadian pokok tumbang ketika hujan lebat dan angin kencang yang dilaporkan di Selangor semakin meningkat di mana sejumlah 169 kes dilaporkan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding 144 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis. 

 
 

Streram henti kempen lawat kawasan kebakaran


SEREMBAN, 3 April (Bernama) -- Satu kejadian kebakaran berhampiran di Pasar Pekan Rantau hari ini telah menarik calon Pakatan Harapan (PH) Dr S. Streram ke lokasi bagi melihat bantuan yang mungkin boleh disampaikan.

 
 

SK Sega Rantau miliki nilai sejarah tersendiri


Oleh Hasnah Jusid

SEREMBAN, 3 April (Bernama) -- Sebut sahaja Rantau, pekan kecil di daerah Seremban, mungkin ramai yang membayangkan ia hanyalah sebuah 'Pekan Koboi'.

 
 

Kementerian sasar tambah dua laluan bas GoKL tahun ini - Khalid


KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Kementerian Wilayah Persekutuan menyasarkan untuk menambah sekurang-kurangnya dua laluan bas GoKL ke kawasan berkepadatan tinggi di sekitar ibu kota pada tahun ini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 -


 
 
     
   
 

Sultan Nazrin perkenan pengerusi jawatankuasa masjid, surau digantung tugas

 
     

Setahun Berbasikal: Tiga anak Malaysia tiba di tanah air

 
     

Penduduk luar bandar mahu keupayaan komunikasi ditingkatkan

 
     

Kapal Jepun JMSDF berlabuh di Pelabuhan Klang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel