Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PLUS nasihat pengguna l/raya terutama motosikal jangan guna lorong kecemasan

PETALING JAYA, 24 Mei (Bernama) -- Plus Malaysia Berhad (PLUS) menasihati pengguna lebuh raya terutama penunggang motosikal supaya tidak menggunakan lorong kecemasan semasa pulang ke kampung pada musim perayaan ini bagi mengurangkan risiko kemalangan maut. 

Ketua Pegawai Operasinya, Zakaria Ahmad Zabidi berkata laluan itu amat berbahaya kepada penunggang motosikal kerana terdapat banyak kenderaan rosak dan lori yang diletakkan di lorong kecemasan itu. 

“Berdasarkan statistik Ops Selamat 2018, lebih 60 peratus kemalangan maut dan kes kematian di lebuh raya melibatkan motosikal. Daripada jumlah itu, 77 peratus kemalangan melibatkan motosikal di lorong kecemasan,” katanya pada sidang media persediaan PLUS menghadapi pertambahan trafik dan kempen Aidilfitri di Persada PLUS di sini hari ini. 

Justeru, beliau menasihati penunggang motosikal memakai pakaian cerah dan pantul cahaya serta membuat perjalanan pada waktu siang supaya mudah dilihat oleh pengguna lebuh raya lain. 

PLUS menjangkakan kira-kira dua juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya kendaliannya pada setiap hari puncak di musim perayaan Aidilfitri akan datang, dengan peningkatan 18 peratus berbanding 1.7 juta pada hari biasa. 

Zakaria juga menasihati orang ramai mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS bagi membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan balik kampung masing-masing. 

“Bagi perjalanan balik kampung antara 30 Mei dan 10 Jun, pengguna yang bergerak ke destinasi jauh dari Lembah Klang seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Utara Perak dan Johor disarankan agar memasuki lebuh raya sebelum 10 pagi. 

“Sementara pengguna lebuh raya yang menghala ke lokasi berdekatan seperti Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor pula boleh memasuki lebuh raya selepas 10 pagi,” katanya. 

Mengenai diskaun tol lebuh raya PLUS sempena Aidilfitri, Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail berkata ia akan diumumkan Menteri Kerja Raya Baru Bian pada hari Selasa ini (28 Mei). 

Beliau berkata bagi menikmati lebih keselesaan dalam perjalanan, pengguna lebuh raya disaran mendaftar sebagai anggota PLUSMiles dan memuat turun aplikasi PLUSMiles bagi menebus mata ganjaran di 165 outlet bagi kesemua 13 rakan niaga yang mengambil bahagian di sepanjang lebuh raya PLUS. 

Barangan yang boleh ditebus termasuk makanan dan minuman melibatkan 24 menu dan 7,000 kuantiti penebusan. 

-- BERNAMA

 


 

.
.....

[ berita penuh ]

 

Polis tahan tiga lelaki, tumpas kegiatan curi kenderaan 'Geng Pamben'


AMPANG JAYA, 24 Mei (Bernama) -- Polis menahan tiga lelaki di sebuah rumah di Ampang dan di sekitar Cheras, yang merupakan anggota ‘Geng Pamben’ yang banyak terlibat dalam kes-kes curi kenderaan di sekitar bandaraya, minggu lepas.

 
 

Usaha atasi kesesakan jalan raya Seremban-Kuala Pilah sedang dikaji


SEREMBAN, 24 Mei (Bernama) -- Usaha untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya di Jalan Seremban-Kuala Pilah kini di peringkat kajian bagi mengenal pasti kaedah yang paling efisien untuk menyelesaikan masalah itu sepenuhnya, kata Anggota Parlimen Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith.

 
 

Prasarana hasil video raya membela golongan autisme


KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melancarkan video raya berjudul ‘Songkok’ bagi membela nasib golongan autisme. 

 
 

Peniaga dinasihat tidak jual aksesori polis dalam talian


KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Peniaga dalam talian dinasihatkan untuk tidak menjual sebarang kelengkapan dan peralatan pakaian seragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara terbuka kerana dikhuatiri boleh mengundang perlakuan jenayah seperti penyamaran.

 
 

Lexis Hotel Group rai 40 anak yatim dalam majlis berbuka puasa


PORT DICKSON, 23 Mei (Bernama) -- Kumpulan Hotel Lexis hari ini meraikan 40 anak yatim dari Pusat Jagaan Kesayangan Ulul Albab pada majlis berbuka di sini, malam ini.

 
 

Ibu anak tujuh bersyukur terima bantuan YWP


KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Nasib seorang ibu kepada tujuh anak yang hidup dalam keadaan daif mendapat perhatian Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) apabila menerima bantuan kewangan bulanan dan surat tawaran kerja bagi meringankan bebannya. 

 
 

Seorang pelajar maut, 37 cedera dalam kemalangan libatkan bas dan SUV


SEREMBAN, 23 Mei (Bernama) -- Seorang pelajar kolej vokasional meninggal dunia sementara 37 lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas henti-henti Mybas, dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Nissan X-Trail di Jalan Pantai-Bukit Tangga, Jelebu, hari ini. 

 
 

Raja Muda Selangor berkenan rai anak yatim di majlis berbuka puasa


SUBANG JAYA, 23 Mei (Bernama) -- Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa bersama 300 anak-anak yatim anjuran Sunway Group di Sunway Resort Hotel & Spa, di sini, malam ini.

 
 

Maszlee galak pemberian zakat dalam bentuk buku


PUTRAJAYA, 23 Mei (Bernama) -- Agensi-agensi zakat perlu melangkah ke hadapan dengan tidak hanya memberi bantuan dari segi kewangan dan makanan, tetapi juga membantu meningkat taraf pendidikan anak-anak asnaf melalui pengagihan buku-buku ilmiah, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik. 

 
 

Pasukan Petugas Khas dibentuk teliti laporan Suhakam mengenai kehilangan aktivis - Muhyiddin


PUTRAJAYA, 23 Mei (Bernama) -- Kabinet bersetuju supaya sebuah pasukan petugas khas dibentuk bagi meneliti laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung kehilangan Pastor Raymond Koh Keng Joo dan aktivis sosial Amri Che Mat, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 -


 
 
     
   
 

Sultan Nazrin perkenan pengerusi jawatankuasa masjid, surau digantung tugas

 
     

Setahun Berbasikal: Tiga anak Malaysia tiba di tanah air

 
     

Penduduk luar bandar mahu keupayaan komunikasi ditingkatkan

 
     

Kapal Jepun JMSDF berlabuh di Pelabuhan Klang

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel