Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiada pembekuan pekerja asing, hanya penolakan permohonan

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Kementerian Sumber Manusia menafikan berlakunya pembekuan pengambilan pekerja asing ke Malaysia sebaliknya ia penolakan permohonan disebabkan ketidakpatuhan majikan terhadap undang-undang perburuhan yang ditetapkan kerajaan. 

Kementerian dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya memandang serius dan komited untuk memastikan pematuhan berterusan oleh pihak majikan ke atas setiap garis panduan dan undang-undang perburuhan yang dikuatkuasakan dalam usaha mengurangkan amalan buruh paksa di negara ini. 

Sepanjang dua tahun lepas, sebanyak 4,434 majikan dari sub-sektor restoran telah membuat permohonan untuk menggaji pekerja asing melalui Sistem ePPAx di Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), dan daripada jumlah itu hanya 1,407 permohonan melibatkan 8,552 pekerja asing disokong, kata kenyataan itu.

“ Sehingga April 2019 pula, sebanyak 796 permohonan menggajikan pekerja asing diterima. Daripada jumlah tersebut sebanyak 216 permohonan yang melibatkan 1,840 pekerja asing telah disokong dan 580 permohonan telah ditolak.....

[ berita penuh ]

 

Peruntukan RM2.5 bilion pembiayaan mikro untuk Sahabat AIM


KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperuntukkan sejumlah RM2.5 bilion bagi pembiayaan mikro dengan menyasarkan 400,000 orang Sahabat AIM (usahawan AIM) menyertai institusi pembiayaan keusahawanan itu pada tahun ini.

 
 

Perangsang Selangor beli Toyoplas Manufacturing bagi RM311.25 juta


KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Unit Kumpulan Perangsang Selangor Bhd's (Perangsang Selangor) iaitu Perangsang Dinamik Sdn Bhd, mengambil alih 100 peratus kepentingan dana firma acuan suntikan plastik bersepadu, Toyoplas Manufacturing (Malaysia) Sdn Bhd, bagi RM311.25 juta.

 
 

Thistle rai 60 anak yatim pada majlis berbuka puasa


PORT DICKSON, 17 Mei (Bernama) -- Kira-kira 60 anak yatim dari Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Piatu Islam Port Dickson diraikan Thistle Hotel pada majlis berbuka puasa di sini, malam ini.

 
 

Co-op City dirancang dibangunkan di Pilin, Rembau


PORT DICKSON, 17 Mei (Bernama) -- Koperasi Pekebun Kecil Negeri Sembilan Bhd merancang untuk membangunkan Co-op City atau Bandaraya Koperasi di kawasan bersebelahan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau di Pilin, Rembau.

 
 

Pencemaran arsenik: Jalankan ujian kualiti air di Gerik, Kuala Kangsar


KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri disarankan supaya menjalankan ujian kualiti air di kawasan sekitar Gerik dan Kuala Kangsar bagi memastikan sumber air mentah di kawasan terlibat bebas daripada pencemaran arsenik berlebihan, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Charles Santiago.

 
 

MATRADE pergiat promosi di pasaran baharu


KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan merancakkan promosi produk di pasaran baharu dan pada masa sama memperluaskannya ke pasaran tradisional dan sedia ada.

 
 

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara


PUTRAJAYA, 17 Mei (Bernama) -- Peguam Negara, Tommy Thomas, berkata para hakim mesti sentiasa berusaha untuk membuat keputusan yang tepat tanpa gentar atau memihak, dan tanpa mengambil kira kepribadian pihak-pihak berkaitan atau tertuduh yang dihadapkan di hadapan mereka.

 
 

Enam amaran dikeluarkan kepada peniaga Bazar Ramadan setakat ini


TAMPIN, 17 Mei (Bernama) -- Enam amaran dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan kepada peniaga bazar Ramadan di negeri ini setakat hari ini kerana tidak mematuhi peraturan ditetapkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan S. Veerapan.

 
 

Sinar baharu buat skuad wushu negara


KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Skuad wushu negara akan mendapat sentuhan bekas juara dunia Mao Ya Qi bagi memantapkan persiapan ke Kejohanan Dunia dan Sukan SEA di Filipina, tahun ini.

 
 

Kemudahan tandas baharu untuk pelajar SJKC Kepong 3


KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Tandas yang telah diperbaiki dan bersih membawa senyuman kepada 1,546 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kepong 3 di sini, kerana kini mereka boleh menikmati kemudahan yang lebih baik.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 -


 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel