Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan sedia bincang dengan pemilik bagi penjualan tanah Kampung Baru

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kementerian Wilayah Persekutuan sedia berbincang dengan seluruh pemilik tanah di Kampung Baru berhubung penjualan tanah kepada kerajaan untuk pembangunan semula kawasan berkenaan. 

Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata berikutan banyak gambaran 'songsang' berhubung cadangan kerajaan untuk mengambil alih tanah di Kampung Baru, pertemuan dengan pemilik tanah adalah perlu dalam usaha mencari jalan penyelesaian terhadap perkara itu. 

"Ada kata kerajaan mahu beli tanah dengan harga murah untuk menghalau orang Melayu dari Kampung Baru dan sebagainya, sebenarnya bukan. Kami cuma mahu mencari penyelesaian sesuai untuk mengekalkan pemilikan tanah Melayu di Kampung Baru di samping membangunkan kawasan itu menjadi penempatan moden dan bersepadu. 

"Kami juga tidak mahu Kampung Baru terpinggir daripada pembangunan pesat sekitar Kuala Lumpur kerana jika dibiarkan tidak membangun, nanti orang kata kami tidak mengendahkan keperluan orang Melayu di kawasan itu, jadi kami mahu aset mereka juga dapat dibangunkan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan bersempena ‘KL Car Free Morning’ di sini, hari ini. 

Sebelum ini, beliau berkata pihaknya mengadakan pertemuan dengan Perbadanan Kemajuan Kampung Baru (PKB) dan Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) serta sebahagian daripada pemilik tanah bagi membincangkan perkara itu. 

"Ada tanah sampai berpuluh-puluh nama pemilik sehingga mereka tidak tahu apa perlu dilakukan. Jadi jika mereka bersetuju untuk jual tanah dapatkan tunai ataupun apartmen daripada pemaju itu terpulang kepada mereka, yang penting kita dapat duduk berbincang, cari mekanisme menyelesaikan masalah mereka," katanya.

Pada 22 April lepas, Khalid dipetik sebagai berkata kerajaan memerlukan dana RM10 bilion jika berhasrat membeli tanah di Kampung Baru untuk dibangunkan menjadi penempatan moden dan sistematik orang Melayu di tengah ibu kota.....

[ berita penuh ]

 

Pengaruh media sosial tanpa batasan gugat keamanan - Adly


MELAKA, 4 Mei (Bernama) -- Pengaruh media sosial yang tiada batasan dan pelbagai ancaman luar mampu menggugat keamanan negara, kata Ketua Menteri Melaka Adly Zahari.

 
 

Festival Ramadan Putrajaya 2019 dilancar, tawar menu lebih 1,000 jenis makanan dan minuman


PUTRAJAYA, 4 Mei (Bernama) -- Menu lebih 1,000 jenis makanan dan minuman seperti kuih-muih, lauk-pauk, hidangan yang dibakar dan dan sebagainya menanti para pengunjung bazar Festival Ramadan Putrajaya 2019 kali ini. 

 
 

Kira-kira 4,900 penyewa PA, PPR diserap dalam ‘Skim Khidmat Menjelaskan Tunggakan Sewa’


KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Kira-kira 4,900 penyewa Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar ibu kota yang mempunyai tunggakan sewa bulanan melebihi RM1,000 dikenal pasti untuk diserapkan dalam ‘Skim Khidmat Menjelaskan Tunggakan Sewa’.

 
 

Rapid Rail mohon maaf atas kelewatan jadual perjalanan MRT


KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Rapid Rail Sdn Bhd. (Rapid Rail) memohon maaf kepada semua pengguna perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang atas kelewatan jadual perjalanan di stesen Bandar Tun Hussein Onn, di sini, hari ini.

 
 

Kerja pelancaran crosshead di persimpangan Kuchai Lama bermula Selasa depan - Besraya


KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Besraya (M) Sdn Bhd, pengendali syarikat konsesi Lebuhraya Sungai Besi (Lebuhraya Besraya), akan menjalankan kerja pelancaran ‘crosshead’ bagi Projek Kuchai Link 2 di Persimpangan Kuchai Lama bermula Selasa depan (7 Mei).

 
 

Penutupan sebahagian Jalan Raja untuk laluan sehala, sepanjang Ramadan


KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sebahagian Jalan Raja dan dijadikan laluan sehala untuk semua jenis kenderaan, mengikut jadual sepanjang bulan Ramadan ini.

 
 

Polis tahan dua disyaki keldai dadah bawa 4kg ketamin


KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Dua lelaki warga tempatan disyaki keldai dadah ditahan di sebuah hotel di Jalan Kuchai Lama di sini dalam serbuan pada kira-kira pukul 8.30 pagi Sabtu lepas.

 
 

Blok F Pangsapuri Taman Keramat Permai selamat didiami, penghuni dibenar pulang Sabtu ini


KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Bangunan Blok F Pangsapuri Taman Keramat Permai di sini yang dilaporkan retak dan penghuninya dipindahkan Jumaat lepas, disahkan selamat diduduki oleh dua juruperunding yang dilantik oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). 

 
 

Starbucks Reserve buka pandu lalu pertama di Setia Alam


SHAH ALAM, 2 Mei (Bernama) -- Starbucks Malaysia telah membuka pandu lalu pertama bar Reserve di cawangan Starbucks Reserve Setia Alam hari ini.

 
 

Operasi kebersihan akan dilaksanakan di bazar Ramadan


SEREMBAN, 2 Mei (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini akan melaksanakan operasi penguatkuasaan di gerai-gerai bazar Ramadan demi memastikan peniaga sentiasa berada dalam keadaan bersih dan sampah dibuang ke dalam tong disediakan.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 -


 
 
     
   
 

Sampel air di Kuala Koh diambil lagi untuk diuji.

 
     

Tanah runtuh Tanjung Bungah: Kerajaan negeri mahu siasatan terperinci

 
     

Pemuda PH Kelantan mahu ROS batalkan pendaftaran UMNO

 
     

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, Bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel