Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PRK Semenyih: 13 borang pencalonan dijual - SPR

KAJANG, 15 Feb (Bernama) -- Sebanyak 13 borang penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih telah terjual menjelang hari penamaan calon, esok. 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata,  wakil daripada Barisan Nasional (BN) membeli lima borang pencalonan, Pakatan Harapan (PH) tiga borang dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) satu borang. 

“Selain pembelian oleh parti-parti utama, kita juga ada mengeluarkan empat lagi borang untuk calon Bebas,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Pusat Penamaan Calon bagi PRK Semenyih di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang, Saujana Impian, di sini hari ini. 

Azhar meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau persiapan sambil diiringi Pegawai Pengurus PRK Semenyih, Datuk Mohd Sayuthi Bakar. 

Menurutnya, 992 petugas pilihan raya terlibat dalam PRK kali ini dan segala persediaan merangkumi aspek seperti logistik dan kelengkapan serta keselamatan berjalan lancar. 

“Saya juga ingin menasihati kesemua parti politik yang terlibat semasa penamaan calon esok untuk mengawal penyokong masing-masing supaya kita boleh jalankan acara esok dengan berhemah,” katanya. 

PRK DUN Semenyih pada 2 Mac nanti diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor daripada PH pada 11 Jan lalu akibat serangan jantung.

PH yang menawan Semenyih pada pilihan raya umum lalu, menamakan jurutera muda Muhammad Aiman Zainali sebagai calon manakala BN mempertaruhkan pemimpin tempatan, Zakaria Hanafi. 

PSM pula menamakan Nik Aziz Afiq Abdul sebagai calon manakala Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia, Kuan Chee Heng, juga dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’, turut menyatakan kesediaan bertanding. 

 -- BERNAMA 

 

.....

[ berita penuh ]

 

Jawatankuasa kuil fail rayuan tak benarkan wakil mereka jadi peguam pemerhati


Kami hendak menjadi peguam pemerhati bagi menjaga kepentingan Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman Seafield.

 
 

Perak sedia kerjasama dengan aktivis pelihara alam sekitar


Kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memastikan dalam waktu kita hendak meningkatkan ekonomi negeri dengan melaksanakan penanaman semula hutan, kita juga mahu memulihara alam semula jadi.

 
 

PH mahu majoriti besar di PRK Semenyih - Muhyiddin


Kita telah mengambil kira dalam kajian kita, dahulu wakil kita yang menang Allahyarham (Bakhtiar Mohd Nor) mendapat majoriti lebih 8,000 undi namun bila buat simulasi dicampur (jumlah undi) UMNO dan PAS, majoriti kita menurun kepada kira-kira 1,900 undi sahaja.

 
 

Muhammad Aiman Zainali calon Pakatan Harapan di Semenyih


Muhammad Aiman, 30, merupakan seorang jurutera yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Doktor Falsafah dalam Bidang Kejuruteraan Elektrik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam.

 
 

Pakej makan beradat secara duduk bersila di Muzium Negeri


Makan Beradat dalam sistem Adat Perpatih menyerlahkan ciri-ciri muafakat, kesantunan dan nilai budi yang diwarisi sejak zaman berzaman. Selain itu, ia juga merupakan upacara jamuan di dalam majlis adat istiadat seperti majlis perlantikan penyandang adat dalam Adat Perpatih.

 
 

SMK Pusat Bandar Puchong 1 ungguli anugerah sekolah berkualiiti 2018


SHAH ALAM, 14 Feb (Bernama) -- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Puchong 1 mengungguli Anugerah Sekolah Berkualiti dan Sekolah Berprestij pada Majlis Anugerah Kualiti 2018, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana di sini, hari ini. 

 
 

PPM Wilayah Satu rampas minuman keras import seludup pelbagai jenama di Klang


Modus operandi kumpulan lelaki warga asing ini pun mudah. Mereka sendiri mencari stok (minuman keras import) dan mereka juga yang menjualnya kepada pembeli. Ada pembeli, baru mereka mencari stok.

 
 

PH perlu letak anak tempatan di PRK DUN Semenyih - Aminuddin


Saya harap kalau calon dipilih nanti merupakan calon yang betul-betul bagus dan sudah pasti calon itu anak Selangor atau anak tempatan di Semenyih…itu lebih baik.

 
 

Waspada cabaran pasukan amatur saingan Piala FA


Pada saya, ia menjanjikan saingan sengit sebab banyak pasukan daripada liga bawah bertanding kali ini. Piala FA kita tidak boleh jangka, sebab ia pusingan kalah mati, jadi setiap perlawanan penting.

 
 

Cuba curi tayar kereta, pemandu Grab didenda RM1,500


Seorang daripada penduduk pangsapuri itu telah melihat tertuduh sedang cuba membuka tayar kereta tersebut dan sempat merakam perbuatan lelaki itu di telefon bimbit miliknya sebelum tertuduh ditahan pihak polis.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 -


 
 
     
   
 

Beban kerajaan akan berkurangan sekiranya dana SRC di Switzerland tidak dibekukan - Saksi

 
     

SRC gagal bayar hutang KWAP - saksi

 
     

110 penuntut kolej universiti disyaki keracunan makanan

 
     

Perak sepatutnya menang besar ke atas Terengganu

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel