Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua projek pembangunan di Parlimen Larut diteruskan

SELAMA, 22 Jun (Bernama) -- Dua projek yang tergendala di Parlimen Larut susulan peralihan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 akan diteruskan, kata Anggota Palimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin. 

Beliau berkata kedua-dua projek tersebut ialah pembinaan fasa 2 Jalan Anak Kurau dari sini ke Kamunting sepanjang 6.4 kilometer (km) bernilai RM91 dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) berharga RM200 juta.

"Ini menunjukkan semua perancangan pembangunan walaupun bertukar kerajaan tidak bermakna pembangunan itu tidak akan diteruskan. Projek untuk kepentingan rakyat kita akan teruskan," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Larut di Dewan Majlis Daerah Selama, Sungai Bayor dekat sini hari ini

Dalam perkembangan lain, Hamzah yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 12 Feb lalu berkata beliau tidak akan bertanding pada pemilihan kepimpinan Bersatu yang dijadualkan Sept ini, sebaliknya akan memberikan sokongan kepada kepimpinan termasuk di peringkat bahagian. 

"Keiklasan ini menunjukkan kita berkepentingan untuk memajukan kawasan dan bukan jawatan yang diutamakan," katanya. 

-- BERNAMA 

.....

[ berita penuh ]

 

Dua rumah rosak dibadai ribut di Langkawi


Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Langkawi berdepan detik mencemaskan apabila rumahnya di Kampung Ranggut, di sini dibadai ribut dalam kejadian tengah hari tadi.

 
 

Wartakan dahulu Ulu Muda sebagai Kawasan Tadahan Air Wilayah Utara - PBAPP


Kerajaan negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menyokong sepenuhnya tuntutan Kedah supaya kerajaan persekutuan membayar pampasan untuk memulihara Ulu Muda tetapi hanya selepas ia diwartakan sebagai "Kawasan Tadahan Air Wilayah Utara" (NRWCA ).

 
 

Jabatan Kesihatan P.Pinang periksa 55 premis jual arak dipercayai mengandungi methanol


Jabatan Kesihatan Pulau Pinang merampas 77 tin dan 20 botol arak pelbagai jenama yang disyaki diseludup masuk ke dalam negara kerana didapati tiada permit cukai dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, dalam pemeriksaan keatas 55 premis yang dipercayai menjual arak yang mengandungi methanol sejak bulan Mei lepas sehingga hari ini.

 
 

Sultan Nazrin puji Tabung Haji cemerlang urus jemaah di sebalik cabaran


Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini memuji Lembaga Tabung Haji kerana berjaya melaksanakan urusan haji dengan cemerlang walaupun berdepan cabaran besar ketika ini.

 
 

Jemaah haji perlu jadi duta harumkan nama Malaysia - Sultan Nazrin


Para jemaah haji hari ini digesa berazam menjadi duta yang mengharumkan nama Malaysia dalam segala aspek semasa menunaikan ibadah haji.

 
 

Pemandu lori nyaris maut dihempap pokok di Sik


Seorang pemandu lori tanker nyaris maut selepas kenderaan yang membawa muatan simen itu dihempap sebatang pokok di jalan Parit Panjang dekat Sik petang ini.

 
 

Perak catat pelaburan RM1.43 bilion bagi tiga bulan pertama tahun ini


Perak mencatatkan pelaburan sebanyak RM1.43 bilion bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini berbanding RM249.8 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

 
 

BDB lancar fasa baharu projek perumahan di Bandar Darulaman


Bina Darulaman Bhd (BDB) melalui anak syarikatnya, BDB Land Sdn Bhd (BDB Land), melancarkan fasa baharu projek perumahan Simfoni West dengan nilai pembangunan kasar RM45 juta.

 
 

Tidak tangguh saman jika merokok di premis makanan selepas 1 Jan


Tiada lagi penangguhan tindakan saman ke atas individu yang merokok di premis makanan selepas 1 Januari tahun hadapan.

 
 

Kedai jual air mineral mahal diarah kaji semula harga


Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah kedai yang berniaga di Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana menjual air mineral pada harga melampau dan mengarahkan pengusahanya mengkaji semula harga jualan tersebut.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 - 130 - 131 - 132 - 133 - 134 - 135 - 136 - 137 - 138 - 139 - 140 - 141 - 142 - 143 - 144 - 145 - 146 - 147 - 148 - 149 - 150 - 151 - 152 - 153 - 154 - 155 - 156 - 157 - 158 - 159 - 160 - 161 - 162 - 163 - 164 - 165 - 166 - 167 - 168 - 169 - 170 - 171 - 172 - 173 - 174 - 175 - 176 - 177 - 178 - 179 - 180 - 181 - 182 - 183 -


 
 
     
   
 

Tiada rancangan laksanakan kajian mansuh butiran agama pada kad pengenalan - KDN

 
     

Najib setuju pencapaian terbesar SRC ialah ia meletakkan RM3.6 bilion dalam bank di Switzerland

 
     

Perlis negeri paling selamat di jalan raya

 
     

Longuin Gilan gigih hasilkan kraftangan pada usia 70 tahun

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2020 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel