Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

134 kompaun bernilai RM78,000 hasil Ops Kesan Perkeso di Kedah dan Perlis

LANGKAWI, 30 April (Bernama) --  Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kedah dan Perlis  mengeluarkan 134 kompaun bernilai RM78,000 hasil Ops Kesan Bersepadu di kedua-dua buah negeri itu sejak 8 April hingga hari ini.

Pengarah Perkeso Kedah, Shaharuddin Waled berkata operasi melibatkan 30 anggota dari kedua-dua negeri berkenaan dilaksanakan bermula di Alor Setar, Sungai Petani, Kulim, Perlis dan Langkawi supaya majikan mematuhi Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Peraturan Am Keselamatan Sosial Pekerja 1971.....

[ berita penuh ]

 

Jabatan Kesihatan Perak pantau kebersihan pinggan, meja makan di restoran


IPOH, 30 April (Bernama) -- Jabatan Kesihatan Perak akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan kebersihan penyediaan makanan di restoran seluruh negeri tidak lama lagi, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri A. Sivanesan.

 
 

Kerajaan Pulau Pinang pandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya, jejas aktiviti pelancongan


GEORGE TOWN, 30 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Pulau Pinang memandang serius kes sengatan obor-obor berbahaya yang mampu menjejaskan aktiviti pelancongan dan sukan air serta laut di negeri ini.

 
 

Perhutanan Kedah keluar kompaun lebih RM170,000 kerana ceroboh hutan


BUKIT KAYU HITAM, 29 April (Bernama) -- Jabatan Perhutanan Kedah mengeluarkan kompaun lebih RM170,000 kepada individu dan syarikat yang melakukan kesalahan menceroboh Hutan Simpanan Kekal dan membawa keluar hasil hutan tanpa kebenaran sepanjang tahun lepas.

 
 

Lima buah bot nelayan dan hasil laut bernilai RM2 juta dirampas


GEORGE TOWN, 29 April (Bernama) -- Sebanyak lima buah bot pukat tunda Kelas C dan lima tekong serta 20 awak-awak warga Thailand ditahan dalam Op Gelora di sekitar perairan Kuala Kurau, Perak kerana melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan kurang daripada 15 batu nautika dari pantai, pada Sabtu.

 
 

Kolaborasi universiti dan pemain industri IR4.0 diharap wujudkan perubahan kearah kehidupan lebih baik


GEORGE TOWN, 29 April (Bernama) -- Dengan menggabungkan keupayaan akademik universiti serta kapasiti dan keupayaan pemain-pemain industri utama, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Asma Ismail berharap ia akan mewujudkan satu kolaborasi yang akan membuat perubahan kerarah kehidupan lebih baik menerusi revolusi industri ke-empat (IR 4.0).

Asma berkata salah satu cabaran yang dihadapi oleh era IR4.0 adalah dalam usaha mengaplikasi teknologi tinggi untuk kegunaan harian yang biasa, di mana prod

 
 

Pertubuhan Peladang Kedah tidak puas hati cara pelantikan ahli jemaah pengarah


ALOR SETAR, 29 April (Bernama) -- Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kedah meminta Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan berhubung isu pelaksanaan Peraturan-Peraturan Pertubuhan Peladang (Pindaan) 2019 yang dianggap tidak adil kepada anggota  pertubuhan itu.

 
 

Polis tahan lelaki mahu kelar ibu


ALOR SETAR, 29 April (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai cuba mengelar leher ibunya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Tanjung Piring, Kuala Nerang semalam.

 
 

Jenazah ibu Menteri Besar Perak selamat dikebumikan


IPOH, 29 April (Bernama) -- Jenazah ibu Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Khairiah, Kampung Kepayang Fair Park di sini, kira-kira 11 pagi tadi. 

 
 

Cadangan projek KXP beri impak negatif kepada LTAPP - Chow


GEORGE TOWN, 29 April (Bernama) -- Pembinaan Lapangan Terbang Kulim (KXP) akan memberi impak negatif kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) khususnya dan negeri Pulau Pinang amnya, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

 
 

Bekalan bahan mentah mencukupi menjelang Ramadan - FAMA


BUTTERWORTH, 28 April (Bernama) -- Bekalan bahan mentah seperti ayam, sayur-sayuran serta kelapa adalah mencukupi menjelang Ramadan ini, kata Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Ishak Ismail. 

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 -


 
 
     
   
 

PLUS nasihat pengguna l/raya terutama motosikal jangan guna lorong kecemasan

 
     

Warga emas Darul Hanan teruja dapat rasai bubur lambuk resepi istana

 
     

Sindiket pemerdagangan manusia tumpas, enam termasuk tiga anggota polis ditahan

 
     

Dua belas pelajar MRSM Kuala Klawang terlibat kemalangan bas, SUV-MARA

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel