Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peja tidak lepas jawatan MB Perak

IPOH, 21 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak akan melepaskan jawatan beliau walaupun berdepan dengan pelbagai kritikan dan tekanan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu yang juga dikenali dengan panggilan Peja berkata beliau akan terus menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai sebagai menteri besar sebaik mungkin. 

"Ini tanggungjawab saya, semasa angkat sumpah (jawatan) apa yang saya cakap adalah dari hati saya. I am not throwing in the towel. (Saya belum mahu berhenti lagi)

"Kalau esok saya dijatuhkan, saya masih OK. Saya masih Peja (panggilan mesra) yang sama, serve rakyat (berkhidmat kepada rakyat) dengan cara tersendiri, masih ADUN Chenderiang dan Anggota Parlimen Tambun," katanya. 

Ahmad Faizal bercakap kepada pemberita selepas program Townhall Maqasid 'Maqasid Shariah Based Governance' peringkat negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.....

[ berita penuh ]

 

Perak yakin Persekutuan tidak tolak cadangan bina lapangan terbang baharu


IPOH, 21 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yakin kerajaan Persekutuan tidak akan menolak cadangan kerajaan negeri untuk membina sebuah lapangan terbang baharu bertaraf antarabangsa.

 
 

Hassan Embong dilantik Panglima 30 Briged Infantri Malaysia yang baharu


PADANG BESAR, 21 Mac (Bernama) -- Brig-Jen Hassan Embong, 52, dilantik sebagai Panglima 30 Briged Infantri Malaysia ke-10 menggantikan Brig-Jen Hashim Aman Shah yang ditukarkan ke Bahagian Operasi dan Latihan (OPLAT) Kementerian Pertahanan (KEMENTAH), Kuala Lumpur.

 
 

Pesawat SU-30MKM, F/A-18D Hornet tiba di Langkawi hari ini


LANGKAWI, 21 Mac (Bernama) -- Kehangatan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19) mula dirasai dengan kehadiran pesawat yang terlibat pada acara dwitahunan itu.

 
 

Perak batal lesen perniagaan UUK Tred 2017 untuk ringankan beban peniaga


IPOH, 21 Mac (Bernama) -- Kerajaan negeri Perak membatalkan kadar bayaran lesen perniagaan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Tred Perniagaan dan Perindustrian 2017 (UUK Tred 2017) yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu berkuatkuasa serta merta sebagai usaha meringankan beban golongan peniaga.

 
 

Kakitangan MAHB selamat dikebumikan di Batu Gajah


BATU GAJAH, 20 Mac (Bernama) -- Kakitangan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah pesawat persendirian di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Changkat Belengkor di sini hari ini.

 
 

RM13.7 juta untuk tambah baik PERDA-TECH - Rina Harun


NIBONG TEBAL, 20 Mac (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan RM13.7 juta untuk menambah baik infrastuktur di Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH), kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun hari ini.

 
 

Kerajaan lulus RM338 juta bantu pekebun kecil seluruh negara


Kerajaan meluluskan peruntukan RM338 juta untuk pelaksanaan Program Pembangunan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) tahun ini, yang akan memberi manfaat kepada 552,543 pekebun kecil di seluruh negara.

 
 

'Be No.1' Bersama Pak Nil kembali gegarkan MAPS 18 April


IPOH, 19 Mac (Bernama) -- Pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Nawawi kembali lagi menggegarkan Movie Animation Park Studios (MAPS) di sini menerusi program motivasi 'Be No. 1 Bersama Pak Nil' pada 18 April ini.

 
 

Tujuh projek mega di Kedah libat kos lebih RM3.2 bilion


ALOR SETAR, 19 Mac (Bernama) -- Kerajaan hari ini mengumumkan tujuh projek mega untuk pelaksanaan pembangunan prasarana dan kebajikan rakyat di Kedah yang membabitkan peruntukan kos lebih RM3.2 bilion dalam usaha memastikan negeri ini mencapai kemajuan setanding negeri maju lain.

 
 

Gerai buah-buahan segar FAMA catat nilai jualan lebih RM120 juta tahun lepas


TELUK INTAN, 18 Mac (Bernama) -- Nilai jualan keseluruhan yang dihasilkan Gerai Buah-Buahan Segar (GBBS) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh negara berjumlah RM123.8 juta sepanjang tahun lepas.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 -


 
 
     
   
 

Negara kehilangan seorang ikon pengguna dan alam sekitar

 
     

Kerajaan PH sasar 10 tahun perbaiki kepincangan dalam negara

 
     

Hakim mesti buat keputusan tepat untuk badan kehakiman kembali dipandang tinggi - Peguam Negara

 
     

Penjawat awam Pahang terima bonus raya RM600

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel