Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Urusan pelantikan Datuk Bandar Ipoh dijangka selesai Julai

BATU GAJAH, 2 Jun (Bernama) -- Semua urusan pelantikan Datuk Bandar Ipoh yang baharu dijangka selesai pada Julai, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru negeri Paul Yong Choo Kiong. 

Beliau berkata urusan berkaitan pelantikan itu kini sedang diproses oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 

"Proses itu berjalan lancar dan sekarang berada di peringkat JPA, tiada sebarang masalah," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan Kotak Harapan di Pusing di sini, hari ini. 

JPA pada 24 April memaklumkan tempoh perkhidmatan Datuk Zamri Man sebagai Datuk Bandar Ipoh telah dipendekkan mulai 17 Feb lepas atas faktor kesihatan. 

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada 21 April lalu berkata calon bagi jawatan itu merupakan seorang anak tempatan yang mahir berbahasa Jepun dan telah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah. 

Beliau berkata pelantikan Datuk Bandar Ipoh yang baharu akan dibuat pada akhir April, namun sehingga kini jawatan tersebut masih kosong.

-- BERNAMA

.....

[ berita penuh ]

 

FAMA sasar nilai jualan pasar tani RM1 bilion


Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai jualan sebanyak RM1 bilion dapat dijana melalui pasar tani di seluruh negara pada tahun ini.

 
 

Penganggur didakwa bunuh anak tiri berusia 2 tahun


Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang juga anak tirinya di Yan, bulan lalu.

 
 

LAP sedia pelan kecemasan pastikan bekalan air bersih sempena Aidilfitri


Lembaga Air Perak (LAP) menyediakan pelan kecemasan untuk memastikan bekalan air bersih dapat dibekalkan secara berterusan kepada pengguna sempena sambutan Aidilfitri.

 
 

Dataran Pemuda Merdeka kini meriah dengan pencahayaan tema Aidil fitri


Dataran Pemuda Merdeka di sini kini diterangi dengan pencahayaan bertemakan perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang.

 
 

Hanya 2 kes peniaga naikkan harga barangĀ - Saifuddin


Hanya dua kes melibatkan peniaga bertindak menaikkan harga barangan kawalan melebihi harga yang ditetapkan, dicatat sepanjang 10 hari tempoh Skim Harga Maksimum  Musim Perayaan (SHMMP) sejak ia dilancarkan 21 Mei lepas.

 
 

Aplikasi Portal Perak Digital dapat sambutan menggalakkan


Portal Perak Digital iaitu sistem permohonan dalam talian untuk usahawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memohon dana mendapat sambutan menggalakkan apabila hampir 100 permohonan diterima sejak dilaksanakan pada April lepas.

 
 

MAQIS Pulau Pinang rampas 266 ekor ikan hiasan


Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas 266 ekor ikan hiasan air masin pelbagai spesies di Kompleks Kargo ke 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, di Bayan Lepas dekat sini pada Khamis.

 
 

Kereta terbabas, ibu dan anak maut


Seorang wanita dan anak perempuannya maut manakala tiga lagi cedera apabila kereta yang dinaiki keluarga itu terbabas dan merempuh pokok di Kilometer 9, Jalan Sungai Berembang, Simpang Empat di sini, hari ini. 

 
 

Penganjuran majlis di rumah ibadat lain tidak salah- Mujahid


PARIT BUNTAR, 1 Jun (Bernama) -- Masyarakat Islam di negara ini dinasihat supaya tidak fobia dengan sebarang penganjuran majlis di rumah ibadat agama lain kerana ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

 
 

Agro Bazaar Aidil Fitri FAMA tawar lebih 1,400 produk sempena musim perayaan


KANGAR, 1 Jun (Bernama) -- Agro Bazaar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis menawarkan lebih 1,400 jenis produk industri asas tani termasuk barang-barang segar seperti ayam, daging dan sayur sempena musim perayaan ini.

 
 
 

1 - 2 - 3 - 4 - 5 - 6 - 7 - 8 - 9 - 10 - 11 - 12 - 13 - 14 - 15 - 16 - 17 - 18 - 19 - 20 - 21 - 22 - 23 - 24 - 25 - 26 - 27 - 28 - 29 - 30 - 31 - 32 - 33 - 34 - 35 - 36 - 37 - 38 - 39 - 40 - 41 - 42 - 43 - 44 - 45 - 46 - 47 - 48 - 49 - 50 - 51 - 52 - 53 - 54 - 55 - 56 - 57 - 58 - 59 - 60 - 61 - 62 - 63 - 64 - 65 - 66 - 67 - 68 - 69 - 70 - 71 - 72 - 73 - 74 - 75 - 76 - 77 - 78 - 79 - 80 - 81 - 82 - 83 - 84 - 85 - 86 - 87 - 88 - 89 - 90 - 91 - 92 - 93 - 94 - 95 - 96 - 97 - 98 - 99 - 100 - 101 - 102 - 103 - 104 - 105 - 106 - 107 - 108 - 109 - 110 - 111 - 112 - 113 - 114 - 115 - 116 - 117 - 118 - 119 - 120 - 121 - 122 - 123 - 124 - 125 - 126 - 127 - 128 - 129 - 130 - 131 - 132 - 133 - 134 - 135 - 136 - 137 - 138 - 139 - 140 - 141 - 142 - 143 -


 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan galakkan pihak swasta ketengahkan ilmu robotik di sekolah tahfiz

 
     

Sultan Ibrahim lancar buku Kembara Mahkota Johor 2001-2018

 
     

Tiada penangguhan, perbicaraan 1MDB Najib kekal 19 Ogos

 
     

Undi 18: SPR adakan sesi libat urus dengan pihak berkenaan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2018 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel