Kuala Lumpur 26°C
AM
19/03/2020 08:52 PM

BUKIT MERTAJAM, 19 Mac  -- Zakat Pulau Pinang (ZPP) hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas RM500 kepada peniaga dan penjaja kecil dalam kalangan asnaf dan fakir miskin, di negeri ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata, langkah itu diambil memandangkan golongan itu berdepan dengan masalah hilang punca pendapatan, susulan daripada perintah tersebut yang dikeluarkan oleh kerajaan, berikutan penularan wabak COVID-19 ketika ini.

"Anggaran perbelanjaan untuk bantuan khas ini ialah sebanyak RM2.5 juta, dengan menggunakan peruntukan asnaf tawaqquf, miskin - Bantuan Sara Hidup sekali gus. Peniaga yang dijangka membuat permohonan untuk skim bantuan khas ini seramai 5,000 orang.

"Bantuan akan diberikan kepada peniaga-peniaga kecil seperti peniaga pasar malam, penjaja tepi jalan, tukang gunting rambut kecil-kecilan, yang pendapatan utamanya adalah berniaga. Bantuan tidak akan diberikan kepada mereka yang berniaga untuk pendapatan sampingan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Zakat Pulau Pinang, di sini.

Beliau berkata pemohon perlu mengisi borang Skim Bantuan Khas Peniaga Kecil Asnaf ZPP, yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.zakatpenang.com bermula dari 20 Mac hingga 24 Mac ini. 

Ahmad Zakiyuddin yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang berkata, setiap pemohon juga perlu mendapatkan pengesahan daripada kariah masjid di tempat mereka bermastautin, sebelum menghantar borang itu ke ZPP. 

Antara syarat yang dikenakan untuk mendapatkan bantuan khas itu adalah pendapatan bulanan peniaga tidak melebihi RM2,000, pemohon tidak mempunyai wang simpanan melebihi RM5,000, pemohon harus bermastautin dan menjalankan perniagaan di Pulau Pinang, serta hanya ketua keluarga yang layak memohon bagi setiap isi rumah.

Dalam pada itu, ZPP turut mengumumkan sumbangan bantuan khas bernilai RM306,500 kepada 764 buah masjid dan surau seluruh negeri itu, dengan masing-masing menerima RM400 bagi tujuan pembersihan dan nyahkuman bagi mencegah penularan COVID-19. 

-- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan