Sabtu, 30 Mei 2020
22/05/2020 01:16 PM

KUALA LUMPUR, 22 Mei  -- Menjelang sambutan Aidilfitri pada Ahad ini, Yayasan Bank Rakyat (YBR), tidak melepaskan peluang memberi sumbangan kepada 200 anak yatim dan golongan asnaf di empat pertubuhan terpilih.

Pengurus Besar YBR Norashikin Shaharudin berkata, program tahunan setiap kali Ramadan itu bertujuan membantu golongan tidak bernasib baik, dalam membuat persiapan menyambut Syawal.

Katanya, YBR memperuntukkan RM20,000 untuk disumbangkan kepada Pusat Jagaan Kesayangan Ulul Albab, di Siliau, Negeri Sembilan; Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman di Kuantan, Pahang; Pertubuhan Kebajikan Ikhwan Bistari Perak, di Beruas, Perak; dan Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting, Selangor.

"Setiap dari mereka (anak yatim dan asnaf) akan menerima sumbangan tunai sebanyak RM100.00 setiap seorang.

"Selain dapat meringankan beban mereka yang memerlukan, sumbangan ini sekali gus merapatkan lagi ukhuwah di antara YBR dengan masyarakat sesama bangsa dan agama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Norashikin, kaedah sumbangan pada tahun ini tidak lagi dilakukan melalui pemberian kepada  individu, tetapi dikreditkan ke dalam bank akaun semasa pertubuhan untuk diagihkan kepada penerima terlibat, sebagai mempraktikkan normal baru dan jarakan sosial.

YBR turut mengalu-alukan umat Islam untuk bersama menyumbang kepada pertubuhan tersebut, melalui pelbagai platform pembayaran dalam talian yang lebih mudah dan selamat.

Orang ramai atau syarikat korporat yang ingin menyumbang, boleh menghubungi Pusat Jagaan Kesayangan Ulul Albab, Seremban di talian 011-23853699 / 010-76508648; Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Nur Iman, Kuantan (019-9175497); Pertubuhan Kebajikan Ikhwan Bistari Perak (017-5303247) dan Rumah Amal Raudhatul Jannah (010-2318581).

-- BERNAMA


 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan