Sabtu, 30 Mei 2020
AM
23/05/2020 05:39 PM

SINGAPURA, 23 Mei -- Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan tambahan 642 kes positif jangkitan COVID-19 setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhannya kini mencapai 31,068 kes dengan jumlah pesakit yang pulih setakat Jumaat adalah 12,955.

Data pukul 12 tengah hari menunjukkan hanya enam kes melibatkan rakyat Singapura atau penduduk tetap, manakala selebihnya adalah pekerja asing, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam kenyataan hari ini.

Kementerian itu mengatakan bahawa pihak kementerian masih meneruskan perincian kes-kes berkenaan dan akan memberikan maklumat terkini lewat hari ini.

Menerusi data penuh yang dikeluarkan pada Jumaat, Singapura menklasifikasikan 1,685 sebagai kes komuniti, 580 kes yang diimport, dan 28,161 melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.

Ketika ini, 798 kes yang disahkan masih dirawat di hospital dengan lapan daripadanya dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi, sementara 23 telah meninggal dunia.

Kementerian itu berkata 16,650 yang bergejala ringan atau baik dari segi klinikal tetapi masih diuji positif untuk COVID-19, diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Kementerian juga mengenal pasti dua kluster baharu pada hari Jumaat, sementara kluster terbesar di republik itu, S11 Dormitory @ Punggol mempunyai sejumlah 2,589 kes yang disahkan. 

-- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan