AM > BERITA

Operasi Kaunter Menara LHDN JB Dilanjutkan Sehingga 30 Nov

25/09/2024 11:32 AM

PUTRAJAYA, 25 Sept (Bernama) -- Operasi kaunter perkhidmatan percukaian di Menara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Johor Bahru (JB) dilanjutkan sehingga 30 Nov ini susulan kerja naik taraf di aras G bangunan itu, umum LHDN.

Dalam satu kenyataan hari ini, LHDN memaklumkan operasi kaunter berkenaan bagaimanapun dibuka pada skala terhad sahaja.

Sebagai langkah alternatif, LHDN menggalakkan pembayar cukai untuk menggunakan e-Janji Temu menerusi portal LHDN atau menggunakan e-Perkhidmatan yang boleh diakses menerusi gerbang portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my. 

Selain itu, LHDN memberitahu pembayar cukai turut disarankan untuk berkunjung ke pejabat LHDN berdekatan seperti di UTC Galleria Johor Bahru, UTC Pasir Gudang, Pejabat Satelit Pontian dan Pejabat Satelit Kota Tinggi.

Agensi yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai kerajaan itu sebelum ini telah mengeluarkan pemakluman bahawa operasi kaunter percukaian berkenaan dilanjutkan sehingga 31 Ogos lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan