AM > BERITA

Kerajaan MADANI: Politik Stabil Pacu Pertumbuhan Ekonomi -- Loke

23/11/2024 03:55 PM

NILAI, 23 Nov (Bernama) -- Kestabilan politik Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini para pelabur sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara yang berdaya saing di peringkat global.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata keupayaan Perdana Menteri mewujudkan kestabilan politik itu juga mendorong negara untuk fokus memperjuangkan agenda ekonomi, pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

"Bagi kementerian ini, tugas saya membantu sektor logistik dan pengangkutan agar lebih maju dan berdaya saing, kejayaan pembangunan seperti ini atau pelaburan tidak akan berlaku jika kerajaan tidak stabil," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Loke berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah GOLOG's Smart Regional Halal Distribution Centre (Smart RHDC) di Enstek di sini hari ini.

Selepas acara itu, Loke meneruskan jadualnya dengan menghadiri Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Program itu ialah inisiatif kerajaan untuk meraikan rakyat dengan berkongsi hasil kerja keras selama dua tahun mentadbir dengan menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan