KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Kementerian itu memaklumkan kapal terbabit kemudian akan menjalani ujian seperti Harbour Acceptance Test (HAT) dan Sea Acceptance Trial (SAT) oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk tempoh dua tahun.
"Bagi kapal LCS kedua pula, ia akan turun ke permukaan air sebelum menjalani HAT dan SAT pada pertengahan 2025," menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman web Parlimen.
Ia bagi menjawab soalan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mengenai perancangan kerajaan dalam menyegerakan pembinaan kapal LCS bagi menghadapi ancaman pihak luar terhadap kawasan zon ekonomi dan kepulauan milik Malaysia di perairan Laut China Selatan yang semakin meningkat.
Kementerian Pertahanan memaklumkan perolehan kapal LCS pada masa ini masih dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan di dalam kontrak.
Status kemajuan semasa bagi perolehan LCS secara keseluruhan merangkumi elemen reka bentuk, pembinaan, peralatan serta ujian yang berakhir pada 25 Ogos lepas adalah sebanyak 69.58 peratus, melebihi jadual yang dirancangkan iaitu 69.5 peratus.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial