BERITA TERGEMPAR   Malaysia conveys deepest appreciation, welcomes flood aid from Pakistan in honour of friendship between both countries - PM Anwar | 
 AM > BERITA

Pematuhan ESG Tidak Bebankan Operasi Perniagaan - Exco

27/11/2024 11:18 PM

IPOH, 27 Nov (Bernama) -- Pematuhan terhadap amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam operasi perniagaan, terutamanya oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tidak seharusnya dilihat sebagai membebankan.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Teh Kok Lim berkata mengintegrasikan pematuhan ESG ke dalam strategi perniagaan bukan sahaja berupaya menjana keuntungan, malah memberi kesan positif kepada alam sekitar dan masyarakat.

“Saya ingin menasihatkan pengusaha kilang serta syarikat perniagaan supaya jangan anggap  pematuhan ESG sebagai satu beban, ia sebenarnya mampu membina kekuatan perniagaan itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas program 'Coffee Series: How ESG Can Reshape The Industries In Perak' di sini hari ini.

Semalam, Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan PKS perlu segera mengintegrasikan amalan ESG dalam operasi perniagaan untuk mengekalkan daya saing di pasaran dan memastikan kelebihan kemampanan dalam jangka panjang.

Menurut BNM, penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu seperti di Kesatuan Eropah, telah memberi kesan kepada pengeksport langsung dan tidak langsung Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.

Bank pusat memaklumkan syarikat misalnya boleh mengurangkan kos operasi perniagaan dengan menggunakan inisiatif kecekapan tenaga.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan