SHAH ALAM, 1 Dis (Bernama) -- Keadaan banjir di seluruh negara ketika ini khususnya di Kelantan dan Terengganu amat membimbangkan kerana ia lebih teruk berbanding tahun 2014, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata lebih merisaukan adalah keadaan dijangka semakin buruk dengan fenomena air pasang besar di Laut China Selatan dan di Selat Melaka, yang berada di puncaknya.
Bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri berkata terbaru Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangka berlaku pengurangan luruan hujan nanti.
“Kita yakin dengan pengurangan luruan hujan itu, ia akan mengurangkan pemindahan (mangsa banjir) ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.
Turut hadir Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Pengerusi BN Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial