KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Lorong kecemasan dan lorong perlahan di KM 9.3 arah utara Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) ditutup susulan kejadian runtuhan cerun.
LEKAS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan penutupan dua lorong terbabit bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaik pulih kawasan terjejas dilaksanakan.
"Pelan Pengurusan Trafik dan pemantauan 24 jam telah dilaksanakan bagi memastikan keselamatan lebuh raya dan pengguna lebuh raya.
"Pengguna lebuh raya dinasihatkan sentiasa mematuhi Pelan Pengurusan Trafik dan papan tanda semasa melalui lokasi kejadian. Segala kesulitan amatlah dikesali," menurut kenyataan itu.
Orang ramai boleh menghubungi talian infoline LEKAS di 1-800-888-021 bagi mendapatkan bantuan atau sebarang pertanyaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial