KOTA KINABALU, 27 Feb (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir meningkat kepada 262 orang daripada 81 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 87 daripada 23 keluarga pada 8 malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan seramai 251 orang daripada 76 keluarga dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Telupid.
Sementara itu, seramai 11 keluarga daripada lima keluarga dipindahkan ke dua PPS di daerah Paitan.
“Trend pemindahan mangsa di Paitan meningkat pada pagi ini manakala di Telupid kekal,” menurut kenyataan itu hari ini.
Daerah Telupid dan Paitan terletak di kawasan pedalaman Sabah yang masing-masing lebih 200 kilometer dan lebih 230 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial