BERITA COVID–19   Kes COVID-19 meningkat, Itali perketat protokol kesihatan | Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan | Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID-19 | Tiada SOP tambahan laksana ibadah korban tahun ini - MAIK | COVID: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Noor Hisham | 
BENCANA NEGARA

Operasi SAR dua pendaki wanita di Gunung Suku disambung Khamis

18/05/2022 09:44 PM

IPOH, 18 Mei (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki di Gunung Suku, Simpang Pulai di sini, Ahad lepas disambung semula esok.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata operasi yang memasuki hari keempat berkenaan ditangguhkan pada 6 petang tadi dan akan disambung semula 8 pagi esok.

"Gerak kerja hari ini dipecahkan kepada dua pasukan iaitu pasukan satu memperluas operasi pencarian ke kawasan laluan air melalui terowong laluan air melepasi jalan raya utama dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9).

"Bantuan jentera daripada syarikat konsesi Belati Wangsa juga digunakan bagi menggali tanah dan serpihan kayu balak yang menutupi terowong laluan air berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pasukan kedua pula meneruskan pencarian di laluan kepala air bermula dari bawah ke atas dan lebih memfokuskan kepada kawasan longgokan batang buluh dan kayu balak.

Sejak Isnin, pasukan SAR menemukan sebahagian dan cebisan anggota tubuh manusia dipercayai milik seorang daripada dua pendaki wanita berkenaan.

Kedua-dua wanita itu yang dikenali sebagai See Su Yen, 32, dan Ng Yee Chew, 46, berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dan Klang, Selangor dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian pada 5 pagi, Ahad lepas.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan