BERITA COVID–19   Malaysia rekod kadar pengangguran terendah sejak krisis COVID-19 pada Jun 2022 | Sifar COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang sejak Jun tahun lepas | Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham | Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod | Vaksin COVID-19 Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia | 
BENCANA NEGARA

Dua kawasan di Selangor dilanda banjir kilat - Bomba

24/06/2022 11:14 AM

SHAH ALAM, 24 Jun (Bernama) -- Dua kawasan di sekitar Klang dan Kuala Langat, dekat sini dilanda banjir kilat susulan hujan renyai yang berterusan melebihi dua jam sejak awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata kawasan yang terlibat adalah Jalan Pengkalan Kampung Nelayan, Telok Gong di Pelabuhan Klang melibatkan lima mangsa dan Jalan Perepat, Telok Panglima Garang di Kuala Langat melibatkan 64 mangsa.

“Bomba menyelamatkan kesemua mangsa di kedua-dua kawasan tersebut selepas mendapat panggilan sekitar jam 6 dan 7 pagi tadi. Mereka dipindahkan di kawasan pemindahan sementara dan ada yang tinggal di rumah keluarga.

“Kedua-dua kawasan tersebut dinaiki air setinggi paras lutut akibat limpahan air dari longkang dan sungai berhampiran kawasan berkenaan. Namun keadaan kini terkawal dan air banjir dalam trend menurun,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Hafisham memaklumkan sebuah pokok telah tumbang dan menghempap empat kenderaan di Jalan Samudera, Pulau Indah sekitar 5.24 pagi tadi namun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.   

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan