BERITA COVID–19   Malaysia rekod kadar pengangguran terendah sejak krisis COVID-19 pada Jun 2022 | Sifar COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang sejak Jun tahun lepas | Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham | Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod | Vaksin COVID-19 Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia | 
BENCANA NEGARA

Selangor sedia hantar bantuan kepada mangsa banjir di Baling

05/07/2022 04:40 PM

SHAH ALAM, 5 Julai (Bernama) -- Kerajaan Negeri Selangor bersiap sedia untuk menghantar bantuan pasukan sukarelawan bagi membantu mangsa banjir di Baling, Kedah.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata Skuad Pantas daripada pelbagai pihak berkuasa tempatan serta pasukan sukarelawan Team Selangor dan Khidmat juga bersedia untuk digerakkan ke negeri itu.

“Kerajaan Negeri sedang berhubung dengan pihak berkuasa di Kedah bagi penyelarasan bantuan. Doakan agar urusan ini dipermudahkan,” menurutnya dalam hantaran di laman Facebook hari ini. 

Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada mangsa korban kejadian bencana itu. 

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan