BENCANA NEGARA

LEBIH 1,400 MANGSA BANJIR BALING DITEMPATKAN DI PPS

06/07/2022 12:26 AM

BALING, 5 Julai (Bernama) -- Seramai 1,424 mangsa banjir daripada 93 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi sekitar Kupang dekat sini setakat 8 malam ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Kapten (PA) Rasidah Kassim dalam satu kenyataan memaklumkan mereka ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai, Surau An-Nur di Taman Mesra Kupang dan SMK Agama Yayasan Khairiah.

Beberapa kampung sekitar Kupang dilanda banjir kilat selepas hujan berterusan selama tiga jam sejak 2 petang semalam, menyebabkan air melimpah dari Sungai Kupang dan memasuki rumah penduduk.

Dalam pada itu, tujuh rumah musnah akibat dihanyutkan arus deras manakala kira-kira 70 lagi rosak susulan bencara berkenaan.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan