BENCANA NEGARA

MANGSA BANJIR BALING DI PPS BERKURANGAN

06/07/2022 11:17 AM

BALING, 6 Julai (Bernama) -- Mangsa banjir di daerah ini yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 495 orang setakat 8 pagi ini berbanding 1,424 orang pada sebelah malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Kapt (PA) Rasidah Kassim berkata kekurangan itu berikutan kebanyakan pelajar yang berada di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Yayasan Al-Khiriah diambil waris masing-masing sekali gus jumlah yang masih berada di PPS itu seramai 78 pelajar.

Sementara itu, beliau berkata mangsa yang berada di PPS SMK Jerai terdapat 159 orang daripada 50 keluarga manakala 258 orang daripada 59 keluarga berada di PPS Surau An-Nur.

"PKOB (Pusat Kawalan Operasi Bencana) masih dibuka untuk menerima panggilan dan merekodkan  data yang diterima oleh mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kejadian banjir dan fenomena kepala air yang berlaku pada Isnin petang itu, turut mengorbankan tiga mangsa manakala tujuh rumah musnah dihanyutkan arus deras selain kira-kira 70 rumah rosak akibat bencana itu.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan