BERITA TERGEMPAR   Former inspector general of police (IGP) Tun Mohammed Hanif Omar died at 2.15 am today - Son | Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada 2.15 pagi tadi - Anak | 
BENCANA NEGARA

TRAGEDI BALING: ATM BINA JAMBATAN BAILEY - HISHAMMUDDIN

06/07/2022 01:36 PM

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membina jambatan Bailey berikutan jambatan menghubungkan Kampung Iboi dan Kampung Masjid Iboi, Baling di Kedah roboh akibat banjir kilat dan tragedi kepala air, Isnin lepas.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau mengarahkan Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) untuk membina jambatan berkenaan.

“Menteri KPLB (Kementerian Pembangunan Luar Bandar) Datuk Seri Mahdzir Khalid hubungi saya semalam, mohon ATM untuk bina Jambatan Bailey.

“RAJD segera ke lokasi untuk tinjauan bagi kerja-kerja pembinaan jambatan secepat mungkin, anggota-anggota RAJD dah turun pagi tadi,” katanya dalam hantaran Facebook rasminya hari ini.

Isnin lepas, kejadian banjir dan fenomena kepala air dilapor di Kampung Iboi, Baling, mengorbankan tiga sekeluarga serta menghanyutkan tujuh rumah.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan