BENCANA NEGARA

DBKL BEKERJASAMA DENGAN AGENSI ANTARABANGSA UNTUK TANGANI BANJIR KILAT - SHAHIDAN

06/07/2022 04:08 PM

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bekerjasama dengan pelbagai agensi antarabangsa sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan kesan perubahan iklim serta mengatasi isu banjir kilat di ibu negara.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk SeDatuk Seri Dr Shahidan Kassimri Dr Shahidan Kassim berkata selain Kerajaan Metropolitan Tokyo  (TMG), DBKL juga telah bekerjasama dengan Institute For Global Environmental Strategis untuk membantu mencapai sasaran mengurangkan 70 peratus pelepasan karbon menjelang 2030

“Justeru saya percaya dengan kerjasama dan bantuan daripada TMG, Kuala Lumpur akan dapat merealisasikan visi KL Bebas Banjir menjadi kenyataan,” katanya ketika berucap semasa menerima kunjungan hormat delegasi TMG di Menara DBKL di sini, semalam.

Dalam ucapannya, Shahidan turut berkongsi 14 langkah sementara DBKL di bawah Pelan Tindakan Tebatan Banjir Kilat 2022 yang telah dilaksanakan Mei lepas di samping menjalankan kajian membina terowong simpanan air bawah tanah berkapasiti tinggi di Kuala Lumpur sebagai penyelesaian jangka panjang.

Sementara itu, DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerima lawatan kerja daripada delegasi seramai 12 orang diketuai Penasihat Khas kepada Gabenor Jepun dalam bidang teknikal daripada TMG, Nakajima Takashi selama dua hari bermula semalam. 

Menurut kenyataan tersebut, lawatan itu antara lain bertujuan sebagai platform untuk berkongsi cara dan pengalaman negara masing-masing dalam melaksanakan pelan tindakan mitigasi banjir, memandangkan situasi banjir di Kuala Lumpur yang sama seperti di Tokyo, disebabkan hujan lebat dalam tempoh singkat dan merosakkan harta benda awam.  

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan