BERITA COVID–19   Malaysia rekod kadar pengangguran terendah sejak krisis COVID-19 pada Jun 2022 | Sifar COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang sejak Jun tahun lepas | Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham | Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod | Vaksin COVID-19 Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia | 
BENCANA NEGARA

MAIWP salur bantuan RM1.062 juta kepada mangsa banjir

07/07/2022 01:34 PM

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Bernama) -- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menyalurkan bantuan berjumlah RM1.062 juta bagi meringankan beban mangsa banjir di Baling, Kedah.

Pengerusinya Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata bantuan melibatkan dana zakat itu akan disalurkan menerusi Yayasan Taqwa MAIWP dengan kerjasama kerajaan negeri Kedah.

“Bantuan ini meliputi bantuan bina rumah sebanyak RM270,000 bagi tiga rumah yang terjejas teruk dan tunai RM1,000 berjumlah RM672,000 kepada 672 ketua keluarga terlibat banjir berkenaan.

“Selain itu bantuan baiki dan penggantian perabot yang rosak sebanyak RM70,000 kepada Sekolah Menengah Agama Yayasan Al-Khairiah; serta bantuan baiki dan penggantian peralatan masjid dan surau yang terjejas sebanyak RM50,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Daud berkata MAIWP berharap bantuan itu dapat meringankan beban dan memberikan sedikit kelegaan kepada mangsa banjir menjelang Aidiladha yang bakal menjelang tiba.

-- BERNAMA

 

 

 


 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan